CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Dakwa Disogok RM5 Juta Untuk Tinggalkan Parti

2-10-2017 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8480| Komen: 77

Ketua sayap pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa disogok RM5 juta untuk meninggalkan parti dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Memetik The Malaysian Insight, Syed Saddiq mendakwa tawaran RM5 juta itu dibuat oleh 'penasihat kanan perdana menteri' dan kenyataan itu dibuat pada sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.


Foto: The Malaysian Insight

"Semua ini dirancang penasihat kanan (Perdana Menteri) Najib Razak.

"Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.


"Saya tidak akan tinggalkan Bersatu dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini," katanya.

Menurutnya, 'umpan' itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia. Malah, Syed Saddiq menegaskan dia bukan bercakap kosong kerana ada semua bukti operasi rangkaian yang disebutnya itu.

"Tentang tawaran dedak itu saya telah berbincang dengan peguam saya, kita mungkin akan melaporkan kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," ujarnya.

Tambahnya, "rangkaian sistematik dedak" itu sudah dipraktikkan sejak tahun lalu lagi. - CARI
5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 2-10-2017 05:37 PM
ni kalo si @jingga007 tengok ni mesti sheols merembes
Quote RooneyMara 2-10-2017 05:58 PM
Eeeeeee..... I tak boleh baca la pasal kerajaan dgn rasuah juta2 ni. Panas hati. Kita punya la struggle, harga minyak naik, harga makanan naik, harga rumah naik. Diaorg main spend juta2 mcm tu je.

Cepat la pilihanraya. Dah tak sabar nak Ubah!!
Quote Despacito 2-10-2017 06:05 PM
Wow 5 juta beb
Quote jingga007 2-10-2017 08:11 PM
cmf_premierleag replied at 2-10-2017 05:37 PM
ni kalo si @jingga007 tengok ni mesti sheols merembes

Haipppppp apeni petik nama meols yg inesen ni wahahahaha
Quote tumpanglalu74 2-10-2017 08:22 PM
Edited by tumpanglalu74 at 2-10-2017 08:26 PM

Jemput2 juge bertandang ke tred saye yang lebih awal..  Boleh tonton video:

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1061575
Quote WajibulGhunah 2-10-2017 08:41 PM
IMG_3637.PNG

Ni iklan apa?
Quote JerukBuaya 2-10-2017 08:43 PM
lebih baik ko fikirkan diri ko sendiri


drp ko  mencela duiri ko dgn kerasukan politik

esok tup tup org yg ko percaya ajdi pemimpin rupa2nya ompat parti lagiiiiiiiiii

bedebah sgt sebelum di ko berdebik2 gebang sakan fasal parti politik kegemaran ko ..


ko muda lagi


bila ko terlibat dgn politik


hidup ko xpernah aman .
Quote helicornia 2-10-2017 09:01 PM
mcm susah nk percaya je.who are yusss syed apa ntah..berpengaruh sgt ke spai dpt offer 5j.klu pemimpin kanan parti tu make sense jua
Quote scorpionkiki 2-10-2017 09:03 PM
helicornia replied at 2-10-2017 09:01 PM
mcm susah nk percaya je.who are yusss syed apa ntah..berpengaruh sgt ke spai dpt offer 5j.klu pemimp ...

Dia kata dia ada bukti dan boleh saman dia ....
Quote Radzor 2-10-2017 09:18 PM
Haha...karut
Quote chipsmoremore 2-10-2017 09:54 PM
Apakah md taib pun mendapat dedak???

{:cryrun
Quote memeque10 2-10-2017 09:55 PM
Si bahlol sadiq ni rm50 pun xde org nk offer ko..mm5 juta konon..sembang...ptuiii
Quote WhiskeyScotch 2-10-2017 10:14 PM
Apa pencapaian hebat si Saddiq ni sampai ada orang sanggup sogok dia 5 juta? Selain menang pendebat terbaik Asia and dapat tawaran oxford apa lagi achievement hebat dia?

Tapi budak ni macam takda aura je. Kalau betul dia ada aura dah lama ber pages pages thread ni forummers gigih komen.

Quote FOTHER-MUCKER 2-10-2017 10:17 PM
Politik bangsa melayu Islam penuh dengan corruption dan dishonest.

Apasal tak ikut rukun negara?

Pakai skirts lobai kata nak kepejabat kerajaan kena ikut rukun negara!
Quote Jigglyjiggle 2-10-2017 11:12 PM
Seriously? I baru nampak nama this guy bersepah kt wall fb. Masuk je oxford. Balik msia barulah masuk politik balik.
Quote Jigglyjiggle 2-10-2017 11:14 PM
WhiskeyScotch replied at 2-10-2017 10:14 PM
Apa pencapaian hebat si Saddiq ni sampai ada orang sanggup sogok dia 5 juta? Selain menang pendebat  ...

iols rs org yg dia tuduh nak rasuah tu acah2 offer je. Blm tentu nak kasi. Silap2 putih mata.
Quote boboiyot 2-10-2017 11:14 PM
Rafizi wannabe.....
Quote boboiyot 2-10-2017 11:18 PM
Lompat2 parti ni mmg wujud.....but sad to say for you saddiq jauh sgt berangannya
Quote alya_daniela 2-10-2017 11:25 PM
scorpionkiki replied at 2-10-2017 09:03 PM
Dia kata dia ada bukti dan boleh saman dia ....

siapakah yang mahu menyaman dia?

dia perlu menamakan orang itu terlebih dahulu, baru orang itu boleh menyaman dia

kenyataan dia cukup general bagi alya

tidak mungkin boleh disaman hanya kerana kenyataan itu kecuali dia menamakan seseorang

sekiranya dia memiliku bukti, dia harus menamakan orang itu. kenapa perlu takut untuk tindakan undang undang. tiada bezanya dia dengan rafizi dan raja petra. tapi mereka berdua lagi bagus kerana mereka menamakan orang yang mereka tuduh (walaupun  masih ada keraguan)

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.177451 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top