CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangisan Buruh Indonesia Dari Bilik Neraka, 3 Tahun Dikurung Macam Binatang

3-10-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7276| Komen: 47

Description: Malang nasib sembilan wanita dan dua orang lelaki warga Indonesia apabila dikurung dalam sebuah bilik kecil rumah teres selama hampir tiga tahun.
Malang nasib sembilan wanita dan dua orang lelaki warga Indonesia apabila dikurung dalam sebuah bilik kecil rumah teres selama hampir tiga tahun.

Laporan Harian Metro menyatakan mereka dikurung oleh sepasang suami isteri dan dijadikan buruh paksa tanpa gaji.

Dalam kejadian di Jalan Sebiew, Bintulu Sarawak itu, semua mangsa berumur 18 hingga 44 tahun ditemui menangis dan merayu untuk diselamatkan sejurus selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memecahkan ‘bilik neraka’ tersebut.

Foto: FB Kelab Info Malaysia
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pasukan BSJ IPD Bintulu yang diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu rumah satu tingkat berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat pemerdagangan orang di kawasan itu.


Polis menemui sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang terkurung dalam bilik yang kecil itu dalam keadaan menyayat hati sambil menangis serta merayu untuk diselamatkan.

“Pemilik rumah, lelaki berusia 59 tahun dan wanita berusia 53 tahun yang juga suami isteri sudah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa,” katanya.

Suspek wanita yang dipercayai bertanggungjawab mengurung semua mangsa juga turut mengugut polis dengan mengeluarkan kata-kata lucah ketika serbuan dilakukan.

Foto: FB Kelab Info Malaysia
“Mereka dikurung hampir tiga tahun dan tidak dibenarkan keluar. Mereka juga tidak dibayar gaji dan kadangkala dipukul kedua-dua suspek jika kerja tidak memuaskan.

“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Bintulu pagi esok, manakala mangsa-mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan.”€ 

Siasatan awal mendapati kesemua mangsa dipaksa untuk membersihkan sarang burung bagi tujuan perniagaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. -CARI
5

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SelakLangsir 3-10-2017 10:17 AM
Cheapskate nya ko tok nek. Nk untung lebih, dianiayanya orang.
Quote cauliflower 3-10-2017 10:25 AM
ooooo kat sarawak.......kalau ikut komen komen fb, org sarawak tak rasis semua bangsa hidup bersatu padu sis
Quote alieyrina 3-10-2017 10:32 AM
Eee kuajaqnya! Harap kena pnjara sumor hidup laki bini bengong!
Quote mommymonster82 3-10-2017 10:34 AM
Fishy sgt kes ni..

Kata xdibagi keluar..tapi kena pukul kalau buat keje xbetul..buat keje kat mana?
Rumah kecik gitu je..
Lepas tu takkanlah 11 lawan 2 org tua xleh?

Sorila indon susah skit me nak caya..

Quote cmf_premierleag 3-10-2017 10:35 AM
Aku heran le dgn kes pemerdagangan manusia nih
Korang kan ramai.. Apsal tak terajang beramai2 je tuan sindiket nih.. Kenapa masih meratap sendu masa diperlakukan spt hamba abdi?
Quote abangadek 3-10-2017 10:37 AM
harap yindon2 tu semua ambik pengajaran, jgn dtg mesia dh
Quote dandellion 3-10-2017 10:46 AM
cauliflower replied at 3-10-2017 10:25 AM
ooooo kat sarawak.......kalau ikut komen komen fb, org sarawak tak rasis semua bangsa hidup bersatu  ...

tergelak aku baca komen ko ni hahah

Quote Minami2013 3-10-2017 10:50 AM
Sekarang asyik dengar cite kena kurung je... since tgk cite room tu... phobia tau bile kena kurung2 ni...
Quote paz 3-10-2017 10:54 AM
Amboi bukan main mempergunakan orang. Padan muka dah kena tangkap. Rasakan lah plak nasib chuolls.
Quote lasagnaklcc 3-10-2017 10:55 AM
Diorg ikat tangan sorg2 ke? Pelik jgk takde sorang pon terlepas.
Quote imthegirl 3-10-2017 10:59 AM
cauliflower replied at 3-10-2017 10:25 AM
ooooo kat sarawak.......kalau ikut komen komen fb, org sarawak tak rasis semua bangsa hidup bersatu  ...

Ummah borneo syumul uols.
Quote amyza 3-10-2017 11:04 AM
Lamanyee terkurung,3thn tuu. Dijumpai dlm keadaan menyayat hati tu,cmne keadaan nye??
Quote mizkajura 3-10-2017 11:05 AM
Lawan la. Korang kan ramai
Quote mamapea 3-10-2017 11:07 AM
mommymonster82 replied at 3-10-2017 10:34 AM
Fishy sgt kes ni..

Kata xdibagi keluar..tapi kena pukul kalau buat keje xbetul..buat keje kat man ...

aku baru nak ckp...diorg punya la ramai xkan la x blh lawan dgn 2 org tu...
kes ni mmg sgt pelik..
Quote Artemesiaa 3-10-2017 11:08 AM
Lepas ni pelaku pulak yang kena kurung dalam penjara
Quote Peterpan17 3-10-2017 11:15 AM
mommymonster82 replied at 3-10-2017 10:34 AM
Fishy sgt kes ni..

Kata xdibagi keluar..tapi kena pukul kalau buat keje xbetul..buat keje kat man ...

Samalah Mommy. Indon klu cerita 1000 kes, satu pun blm tentu blh percaya. Kita tunggu dulu berita selanjutnya. Tu ah!! kutuk kutuk Msia tp gigih gak nak msk sini.
Quote milanhawkin 3-10-2017 11:37 AM
setuju jugak ngn mommy
pelik der... bau ikan....
Quote Cyempaka 3-10-2017 11:46 AM
ye memang pelik. bukannya budak2. orang dewasa 11 orang. xkan derang feeling2 sinetron je.. kena pukul cuma menangis redho je
Quote EvieWanKenobi 3-10-2017 11:56 AM
mungkin mereka diugut bunuh
jika cuba melarikan diri..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top