Membuat tatu di bahagian lengan, betis, leher sudah menjadi satu perkara biasa. Disebabkan itu, segelintir penggemar tatu ingin menampakkan kelainan hingga sanggup membuat tatu di bahagian tertentu seperti di lidah, kemaluan dan juga punggung.
Baru-baru ini, memetik laporan The Sun, seorang model dari Kanada yang dikenali sebagai Catt Gallinger dikatakan sanggup membuat tatu di bahagian biji mata. Akibatnya, mata kanannya hampir buta dan sering menitiskan air mata berwarna ungu. Selain mengakui kesal dengan tindakannya membuat tatu pada selaput luar bola matanya (sklera), gadis berusia 24 tahun itu turut berkongsi kesan buruk prosedur tersebut di media sosial.
"Berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang perubahan pada anggota badan untuk meraih populariti." Catt Gallinger turut dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di bahagian mata kanannya untuk mengelakkan dari keadaan menjadi lebih buruk. Doktor percaya saiz jarum, kedalaman dan jumlah dakwat yang digunakan untuk menghasilkan tatu tersebut menyebabkan Gallinger mengalami simptom awal. Mereka bimbang bakteria terperangkap dalam dakwat yang berlebihan telah menjangkiti matanya menerusi peralatan yang tidak disteril dengan betul.- CARI |
8
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
17
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT