Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Sekarang dah masuk bulan-bulan akhir tahun dah cepat betul masa berlalu nak habis 2017. Kalau hujung tahun ni musim apa yang tiba. Ye betul musim budak cuti sekolah dan juga musim mak bapak bercuti.
Apa yang sinonim dengan musim cuti ni pulak mestilah musim perkahwinan. Betul tak mesti korang akan dapat banyak kad jemputan kenduri kahwin tak daripada sedara mara, daripada kawan-kawan mahupun kawan di Facebook. Tapi ingat jemputan walimatulurus tu wajib dihadiri tau kalau tak ada halangan. Jadi bila musim perkahwinan ni kita pun sibuk nak jaga badan sebab banyak makan dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Maha nak cite pengalaman yang baru-baru ini pergi jemputan kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Biasa kalau kat kampung jiran sebelah rumah wajib kena datang tolong mereka kalau ada kenduri ok. Mak Maha siap bagai amaran lagi kena bangun pagi-pagi untuk pergi tolong apa patut semasa persiapan kenduri walaupun mereka ada order penyediaan makanan atau popular kita panggil katering. Datang tak adalah banyak kerja sangat pun yang penting tunjuk muka tanda kita hidup berjiran dan saling bantu-membantu. Kadang-kadang datang makan je sebab bila masa kenduri ni dari pagi sampai malam ada jer makan dihidangkan, betul tak. Pagi hari tu sediakan makan sarapan untuk orang-orang kampung buat kerja merewang atau kita panggil gotong-royong nak potong bawah, daging, mesin kelapa dan macam-macam lagi lah. Paling popular dan senang selalu orang sediakan Meehun goreng dan kopi, betul tak. Tapi tempat saya sediakan Nasi Lemak untuk jiran-jiran walaupun datang tak buat kerja tapi bangun untuk sarapan sedap. Lepas tu pula ada minum waktu tengah buat kerja. Kalau yang kumpulan memasak dan menyediakan makanan tu akan dihidangkan dengan Teh Panas dan juga kuih muih. Tengok rugi kalau sapa tak datang bantu kenduri kahwin kat kampung ni makan ada jer sentiasa tak lapar. Lepas tu makan tengahari dah pastikan makanan kenduri yang disediakan dari pagi. Kat kampung Maha selalu pukul 12 tengahari orang dah start datang makan, jadi kena siap awal. Menu paling popular untuk kenduri semestinya Daging Kawah atau Daging Kari, tu wajib. Tapi sekarang ni dah banyak pilihan. Ada yang buat Nasi Minyak bersama dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Rendang Daging atau Kuzi Kambing memang meriah. Tambah pula dengan Acar Jelatah dan Acar Buah perhh menjilat jari. Tapi paling unik Maha pernah datang makan kenduri adalah lauk-pauk kampung. Maksudnya mereka sediakan lauk Ayam Goreng Berempah, Ikan Masin, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman memang terbaiklah. Tapi sekarang zaman makin berubah dan penyediaan makanan untuk kenduri kahwin ni dibuat oleh katering. Dah banyak pengusaha katering kat merata tempat kalau buka kat sosial media pun dan banyak melambak cuma sedap atau tidak kemudian murah atau mahal tu jer nak pilih. Cuma nak ingatkan masa nak order katering tu pastikan kita kenal kepada sapa yang kita berhubung itu. Juga kita yakin bahawa syarikat katering ini memang wujud dan nampak fizikalnya. Lagi bagus kalau kita dapat tengok testimoni mereka atau pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka. Ini semua Maha bagi tips supaya tidak lagi berlaku majlis perkahwinan terpaksa batal kerana tiada makan akibat ditipu katering. Banyak dah kes sekarang ni tular penyedia katering tidak datang masa hari kenduri pulak tu lari bersama duit yang telah dibayar. Sapa yang malu masa tu tuan rumah juga lah nak hidang apa pada tetamu yang dah datang. Sebenarnya budaya gotong royong itu lagi bagus jika kita terus kekal ia bukan menyelamatkan tuan rumah dari ditipu tapi juga mengeratkan silatulrahim antara jiran tetangga dan suadara mara jauh. Cuma kerana nak cepat ramai orang sudah lupa kepada budaya itu dan katering mula mengambil alih semua keseronokan merewang tersebut. Tapi khidmat penyedia makanan ini ada bagusnya juga kerana mereka dapat memudahkan tuan rumah supaya tak perlu bersusah payah untuk membeli barang dan makanan tak cukup betul tak. Semua dah disediakan oleh pihak katering. Kita juga nak bantu usahawan tempatan untuk menjana ekonomi mereka dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda luar sana. Tapi kepada pengusaha katering tu jangan terlalu nak untung sampai ambil harga yang melampau dan menekan tuan rumah. Pula tu telalu tamak ambil banyak order satu hari lepas tu tak dapat buat dah susah tuan rumah. Orang kata masak tu kena ikhlas dan kalau boleh lebihkan sikit masakan kerana ada keberkatan kalau kita niat sedekah pada makanan yang lebih kita masak tu betul tak. Pada korang semua yang dapat jemputan tu kena penuhi tau jemputan tu kalau tak ada halangan nanti silap boleh putus sahabat. Kalau ada nak jemput Maha datang In Sha Allah akan cuba penuhi kalau tak ada halangan. Korang boleh follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu ok. Selamat pengantin baru pada yang mengadakan majlis hujung tahun ini moga bahagia hingga Jannah.
|
9
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 28-9-2017 07:12 PM
iols kawen 2010 pakai rewang
syiok.mmg syiok tapinya kos nya agak.tinggi..
makan.kenduri.lain
ADVERTISEMENT