CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perodua Myvi Generasi Ketiga Akan Dilancarkan Tahun Ini?

28-9-2017 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13793| Komen: 85

Perodua Myvi merupakan model segmen B keluaran Perodua terlaris di Malaysia sejak tahun 2006. 

Selain terkenal dengan ketangkasannya dijalanraya, ianya juga mendapat pujian ramai kerana mempunyai reka bentuk yang ‘sporty’ dan jarang menimbulkan masalah. Dipercayai kerana faktor ini, Myvi terus menjadi kegilaan anak muda pada masa kini.


Umum mengetahui, Perodua Myvi yang berada di dalam pasaran ketika ini adalah model generasi ke- 2 yang dilancarkan pada tahun 2011. 


sumber : theophiluschin.com

Memetik laporan The Sun, Perodua Myvi generasi baharu mungkin akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. 


Berdasarkan ramalan Unit penyelidikan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF Research), kereta ikonik Malaysia berkenaan akan muncul untuk versi generasi ketiga tahun ini, seterusnya memperkuatkan semula jumlah jualan sektor automotif tempatan pada separuh kedua 2017.

Walaupun masih lagi belum jelas apa yang akan Perodua lakukan untuk Myvi baharu ini, namun apa yang pasti model sedia ada kini sudahpun berusia enam tahun dalam pasaran dan ianya sudah masa untuk digantikan. 

Tambahan pula Toyota Passo dan Daihatsu Boon generasi terkini sudah pun dilancarkan di Jepun setahun lalu, dan berkemungkinan besar Perodua turut akan menghasilkan versi mereka sendiri tidak lama lagi.


sumber : https://content.icarcdn.com

Portal Automotif Paul Tan melaporkan, Myvi generasi seterusnya ini dijangka akan menggunakan barisan enjin siri NR Toyota dengan kapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter, termasuk enjin 1NR-VE 1.3 liter Dual VVT-i berkuasa 94 hp/121 Nm yang kini berada dalam perut Perodua Bezza. 

Enjin-enjin berkenaan bakal dipadankan dengan pilihan kotak gear sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan elektronik E-AT.

Model baharu tersebut juga dijangka bakal diperkenalkan dengan ciri-ciri yang ada pada Bezza seperti sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, sistem auto start/stop serta kawalan kestabilan kenderaan (VSC) pada model-model varian tertinggi.

Selain itu, model baharu ini juga bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan aktif seperti brek kecemasan dan amaran keluar laluan memandangkan Perodua pernah dijumpai menguji Daihatsu Move Custom yang dilengkapi sistem Smart Assist II sebelum ini.- CARI
4

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaziot 27-9-2017 03:47 PM
seat dia nmpak kejung, xselesa
Quote zulka 27-9-2017 03:54 PM
@molan
tggu kete ni keluar...kawan aku kat technical depart perodua ckp kualiti dia begini  
Quote zulka 27-9-2017 03:56 PM
zaziot replied at 27-9-2017 03:47 PM
seat dia nmpak kejung, xselesa

jgn judge base on 'nampak' sahaja......try duduk dan pandu baru layak komen...ok

Quote cmf_conan 27-9-2017 04:00 PM
nampak macam krisis identiti antara kelisa ngan viva jek
Quote saviour_09 27-9-2017 04:26 PM
wow quite nais jugak eh!
bila launch?
Quote taji2906 27-9-2017 04:26 PM
dashboard menarik..
nampak kelainan la ckit myvi baru ni..
hope zulka pny kwn tu ckp yg benar
Quote MissVixen 27-9-2017 04:31 PM
Terkejut aku tengok sekali imbas. Ingat suzuki karimun nak masuk sini tadi. Haha.
Bagus la. Bawah toyota ni harap jaga kualiti. Semoga anak melayu yang cabut sign myvi dan letak posso ni sebelum ni, mampu la beli yang ni pula. Tak perlu nak cabut2 lagi.
Quote Simunggu 27-9-2017 04:33 PM
cantik...tak mcm @dizzzek
Quote dizzzek 27-9-2017 04:34 PM
Simunggu replied at 27-9-2017 04:33 PM
cantik...tak mcm @dizzzek

akhirnya muncul
Quote zulka 27-9-2017 04:35 PM
MissVixen replied at 27-9-2017 04:31 PM
Terkejut aku tengok sekali imbas. Ingat suzuki karimun nak masuk sini tadi. Haha.
Bagus la. Bawah t ...

bukan posso dik....
passo
Quote wafeloren 27-9-2017 04:36 PM
cun jugak.. nmpak comel sngt mcm kete pempuan
Quote cocorex 27-9-2017 04:40 PM
Comel jugak kete nie
Quote zaziot 27-9-2017 04:40 PM
zulka replied at 27-9-2017 03:56 PM
jgn judge base on 'nampak' sahaja......try duduk dan pandu baru layak komen...ok

mmg xde nafikan bwk myvi xbest pun..penah je drive myvi mmg best but not yet the latest one yg ni
im sure the engine must be good tho

Quote MissVixen 27-9-2017 04:40 PM
zulka replied at 27-9-2017 04:35 PM
bukan posso dik....
passo

maap bang. Tersilap taip. Haha
Quote dodolgemok 27-9-2017 04:42 PM
Kenapa nampak hodoh ja? Myvi sekarang lgi hensem kot!
Quote aleesyasofia 27-9-2017 04:44 PM
not bad ler jgk..
IMG-20170927-WA0000.jpg IMG-20170927-WA0001.jpg
Quote chacon 27-9-2017 04:47 PM
zaziot replied at 27-9-2017 03:47 PM
seat dia nmpak kejung, xselesa





Seat mesra jimak??



Quote zaziot 27-9-2017 04:51 PM

tak trpikir lak ke situ
Quote finesse 27-9-2017 04:53 PM
chacon replied at 27-9-2017 04:47 PM
Seat mesra jimak??

Bestnya.. boleh tido atau letak kaki bila berhenti...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103269 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top