CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terberat Di Dunia Meninggal Dunia Kelmarin

26-9-2017 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4055| Komen: 24


sumber : Daily Mail


Wanita terberat di dunia, Eman Abd El Aty dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun petang Isnin akibat mengalami pelbagai komplikasi termasuk penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Memetik laporan Daily Mail, jurucakap doktor di Hospital Burjeel memberitahu, Eman yang sedang menerima rawatan rehabilitasi di Abu Dhabi menghembus nafas terakhirnya pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan).

Dilaporkan sejak kecil, dia mengalami penyakit tiroid dan genetik yang menyebabkan berat badannya mudah naik.

Kesihatan Eman dianggap sesuatu yang unik untuk pakar perubatan kerana dia adalah pesakit yang berdepan pelbagai risiko.

Eman juga telah mengalami strok yang mengakibatkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kakinya lumpuh, tidak dapat bercakap, tahap dua diabetis, tekanan darah tinggi, masalah paru-paru dan gaut.


Pada Mei lalu, dia dipindahkan ke Hospital Burjeel dari India untuk menjalani pembedahan penurunan berat badan yang menyaksikan dia hilang lebih 300 kilogram (kg) berbanding berat asal, 500kg.

Awal tahun ini, warga Mesir itu mengalami komplikasi semasa rawatan mengurangkan berat badan ketika di Mumbai.- CARI
16

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 26-9-2017 05:16 PM
Takziah ya...
Quote MissVixen 26-9-2017 05:18 PM
Takutnya kalau terjadi macam ni. Nafsu serakah tengok makanan
Quote insulin 26-9-2017 05:20 PM
Takziah.
Quote dauswq 26-9-2017 05:20 PM
500 kg..

hampir 1/2 tan tu
Quote sarahmirza 26-9-2017 05:21 PM
MissVixen replied at 26-9-2017 05:18 PM
Takutnya kalau terjadi macam ni. Nafsu serakah tengok makanan

Ini masalah hormon juga ni sis.
Quote MissVixen 26-9-2017 05:24 PM
sarahmirza replied at 26-9-2017 05:21 PM
Ini masalah hormon juga ni sis.

Ramai juga ada masalah hormon tiroid. Tapi ni over sangat. Campur masalah hormon dan tak bole kawal nafsu.
Quote -electrifying- 26-9-2017 05:52 PM
fuhh gile berat ...
Quote EvieWanKenobi 26-9-2017 05:57 PM
muda lagi dah macam2 penyakit..
Quote RatuDunia94 26-9-2017 07:30 PM
Bagus lah meninggal.. Dr hidup tp mcm mayat hidup baring atas katil je kan.. At least lenderitaan sheols dh berakhir..
Quote MissNigga 26-9-2017 08:21 PM
dah berakhir dah penderitaan di dunia ...
Quote AyaqMeloSuam 26-9-2017 09:00 PM
Masalah genetik & hormon + few ubatan cm streroid blh mnyebabkn berat badan btambah or bloted..  bukan disebabkn makanan jer.. aisehh..  guggle2 pls la... Takziah & kesian dia smasa hayat xdpt mnikmati kehidupan normal.
Quote Knowlee 26-9-2017 09:04 PM
Innalillahiwainna ilaihiroji'un...
Quote penmarker 26-9-2017 09:10 PM
Takziah..
Orang ckp senang igt pasal mkn je..klu makan je takkan boleh gtu.
Kena ada masalah hormon mcm aku baru tahu betapa susahnya nak turun berat.nak naik sekelip mata je..
Takkn hidup nk bersenam 24 jam sampi keje lain tak boleh buat.
Takkan tak leh makan lansung..
Dahla asyik lapar kalu tak makan pulak moody stress depress semua ada. Sebab tu org kata orang gemuk kuat sentap. Yes memang kuat sentap disebabkan masalah hormon tu.

Makan sehari sekali je pon berat naik. Seminggu boleh naik berkilo2.
Yang ajaibnya bila hormon dah stabil. Berat aku pon turut turun. Tanpa perlu buat per2 dan banyak masalah lain jadi makin ok.. Alhamdulillah..
Tq Allah sebab bagi aku peluang rasa benda ni sebab kalai tak aku pon tak tahu ingatkan orang gemuk ni kuat lantak..
Quote dodolgemok 26-9-2017 09:17 PM
Takziah sis
Quote jetrofa 26-9-2017 09:18 PM
500-300=200kg berat sheol...entah brp org d perlukan menyusung jenazah..
Quote moonbug 26-9-2017 09:19 PM
Takziah. Kalau penyakit thyroid ni mmg susah. Control mkn mcm mana pun, tak jadi sbb hormone imbalance 500kg mmg berat gila tu
Quote Decaffeinated 26-9-2017 10:07 PM
dauswq replied at 26-9-2017 05:20 PM
500 kg..

hampir 1/2 tan tu
mmg 1/2 tan pun...


Quote kentel 27-9-2017 08:22 AM
jetrofa replied at 26-9-2017 09:18 PM
500-300=200kg berat sheol...entah brp org d perlukan menyusung jenazah..


Quote buragazz 27-9-2017 08:27 AM
Ni yang aku cuba sampaikan pada kes pengantin viral yang bride dia besau tu.. memang dia kata dia tak kisah orang kata dia gedabak tapi tgk kes ni.. umur 37 dan banyak komplikasi.. so nak tak nak klu ko tak nak laki ko jadi duda berhias kene turunkan sikit berat badan...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050251 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top