Semalam saya terbaca komen di facebook mengenai seorang ibu yang mengadu tentang anaknya. Dia meluahkan kerisauannya kerana anak sulungnya selalu menelefon mengatakan yang dia dibuli dan mahu keluar dari asrama.
Malangnya si ibu dan ayah tidak berbuat apa-apa kerana si ayah tetap mahukan anaknya terus berada di sekolah yang berprestij dan malu pada jiran-jiran jika dia mengeluarkan anak dari asrama berkenaan. Kisah si ibu ini mendapat reaksi netizen yang memberi komen panjang menjela. Rata-rata memberi nasihat secara kasar atau biadap dan menyebut perkataan ‘biar anak kau mati dulu’. Saya faham netizen mamang marah di atas ‘kebodohan’ ibu bapa berkenaan yang tidak bertindak hanya kerana alasan yang tidak masuk akal. Jiwa saya pun meronta sama. Kalaulah saya kenal keluarganya, mahu sahaja saya pergi dan paksa ibu bapa itu menyiasat dan ambil tindakan drastik jika benar hal itu berlaku. Terlalu kesian saya pada si anak. Aduhai. Moga kita tidak menjadi ibu bapa seperti itu. Moga anak itu selamat dan rakan-rakan yang dibuli itu dipulihkan kembali hati hitam mereka menjadi putih. Sebenarnya hal yang saya ingin kupas ialah sikap kita di saat sedang dilanda musibah, ujian, suasana getir mahupun sekadar memberi komentar atau situasi orang lain. APA DAH JADI DENGAN KITA? Saya dapat rasakan warga kita ini semakin diamuk rasa marah. Mudah sangat marah dan bertindak menzahirkan kemarahan dengan sekurang-kurangnya memaki hamun, belum lagi membalas dendam, membuli sehingga membunuh. Memang ngeri. Di mana letaknya kewarasan dan kesabaran? Yang mengalami musibah tidak bijak bertindak dan yang memberi nasihat pula tidak berhemah. Apakah tamadun kita semakin mundur dan menyonsang dengan kemajuan teknologi? Apakah semakin tinggi ilmu dan teknologi kita, menjadikan kita semakin jahil? PANDAI TAK SEMESTINYA BAIK Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan tindakan 7 remaja keciciran pelajaran membakar dan membunuh 24 pelajar dan guru Tahfiz. Mereka kini sedang ditahan untuk dibicarakan. Alasan tidak bersekolah dan terlibat dadah memang kita akur, mereka ini mudah terdedah dengan perbuatan jenayah dan berpemikiran negatif. Namun, untuk bertindak kejam, kita tetap menganggap ia satu perkara yang tidak masuk akal dan di luar batas kemanusiaan. Memang wajar mereka mendapat hukuman yang setimpal. Kita amat berdukacita dengan kejadian itu. Itu tentang perangai orang yang keciciran, bagaimana pula keadaan orang yang sedang menuntut ilmu? Kita berbalik pada komen tentang si ibu tadi, ada juga netizan menyatakan begini, ‘pandai tak semestinya baik’. Ertinya gejala jahat seperti membuli, mendera bahkan hingga membunuh turut dilakukan oleh remaja yang sedang menuntut ilmu. Anda pasti masih ingat kes kematian seorang pelajar akibat didera dengan seterika sebelum ini. Pantang orang lain lebih atau melawan sikit, terus hendak berdendam. Pantang sikit tengok orang lemah, terus hendak membuli. Manusia tidak kira status pendidikan sudah semakin hilang toleransi. Hilang kawalan diri. Hilang budi pekerti. Hilang simpati dan empati. Kenapa? Apakah sedang berlaku mutasi gen manusia dengan dajal? Wallahualam. Usah terlalu sibukkan urusan diri hingga terabai anak-anak. Biar susah mengasuh anak waktu kecil, jangan bersusah menanggung masalah mereka sampai ke tua. Asuhlah generasi kita demi kelangsungan legasi yang sihat dan berbudi pekerti. Hidup biarlah beradap dan jangan biadap. Sempena kehadiran bulan Muharam 1340 Hijriah ini, marilah kita perbaiki diri dan keluarga kita akan menjadi bertambah baik dan mampu mencapai kehidupan lestari yang selamat, sihat dan aman di bumi ini. Kita tiada tempat lain untuk pergi kecuali mati dan ke negeri akhirat nanti. Jadi jagalah bumi kita ini dengan penuh kasih sayang. Sehingga jumpa lagi. Salam hormat. |
14
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cyempaka replied at 25-9-2017 05:59 PM
aku pun baca kes ni kat page rumahtangga tu. sakit dada rasa geram gila kat laki bini bangang ni. a ...
ADVERTISEMENT