Siapa yang tak mahu menjadi cantik seperti artis terkenal? Kulit yang cantik dan juga bentuk badan yang langsing. Itulah idaman setiap wanita. Namun, tahukah anda pelakon hebat Julia Roberts lebih menggemari remedi secara natural sahaja berbanding produk yang super mahal?
Ini sekaligus membuatkan ramai peminat teruja dan boleh sahaja mengikut cara selebriti kesayangan mereka ini dalam mengekalkan kecantikan kulit. Memetik Vogue, Julia memang obses dengan minyak zaitun ekstra dara yang sering diaplikasikan pada kulit dan rambutnya. Rahsianya? Hanya beberapa titik minyak zaitun dimasukkan ke dalam air suam, kemudian disapukan pada kuku dan juga rambut.
Kemudian, biarkan setengah jam sebelum dicuci bersih bahagian kuku dan juga rambut. Untuk bahagian kaki, Julia akan menyapukan minyak zaitun pada tapak dan tumit sebelum menyarungkan stokin dan dibiarkan semalaman. Selain itu, bagi menjaga kelembutan dan kelembapan kulit tangan, Julia akan merendam tangannya di dalam minyak zaitun sekali seminggu. Ia dapat mengelakkan tangan menjadi kasar dan turut mencantikkan kuku. Mudah sahaja kan? Yang penting berdisiplin barulah nampak kesannya! Jom cuba... - CARI
|
27
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
emelia1509 replied at 2-10-2017 11:53 AM
tapi si julia ni x bape nak awet sangat pun..kertu je sheols...
tapi olive oil mmg bagus la tak din ...
ADVERTISEMENT