Siapa tak kenal Rihanna dengan cita rasa fesyen dia yang tinggi. Setiap kali muncul terutama di karpet merah, pasti penampilannya lain dari lain!
Dan keunikan sentuhannya dalam fesyen itulah membuatkan dia dilamar Puma untuk berkolaborasi menghasilkan koleksi selipar bertumit tinggi di bawah labelnya iaitu Fenty. Melihat kejayaan rangkaian produk solekannya iaitu Fenty Beauty sebelum ini, orang ramai pasti teruja melihat hasil kolaborasi Rihanna dan Puma, kan?
Sayangnya, peminat fesyen sedunia bagaimanapun kecewa selepas koleksi Fenty X puma itu diperagakan buat pertama kalinya, lapor The Sun. Malah, netizen mula mengecam rekaan selipar itu yang disifatkan terlalu pelik dan menjelikkan! Nah, tengok sendiri rupanya! Gabungan rekaannya nampak 'luar biasa', kan? Aksesori tambahan pada tali pergelangan kaki itu kelihatan tidak sesuai pada selipar berkenaan walaupun ia memberi sokongan pada kaki. Pelik-pelik sahaja gabungan rekaan Rihanna yang lebih mesra dengan panggilan Riri itu! Macam main campak-campak pun ada. Bukan pengkritik sahaja, peminatnya juga langsung tak teruja dengan koleksi selipar itu. "Tak tahu apa yang Rihanna fikir ketika mereka selipar itu, hodoh rupanya! "Saya sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Rihanna KECUALI selipar bertumit tinggi Puma ini!" komen netizen. Anda pula macam mana? Teringin nak beli tak? - CARI
|
16
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT