Susulan insiden menyayat hati yang telah mengorbankan 23 nyawa penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu, masyarakat Malaysia yang prihatin tampil menghulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan dan juga sokongan moral. Memetik laporan Harian Metro, sumber pengurusan pusat tahfiz itu berkata, selepas lima hari tragedi itu berlalu, kini jumlah sumbangan yang disampaikan orang ramai telah mencecah RM1 juta yang membabitkan orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu. "Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini," katanya. Tambahnya lagi, sumbangan itu akan digunakan untuk pengurusan pusat tahfiz itu.
Wartawan Harian Metro yang 'berkampung' di pusat tahfiz berkenaan sejak tragedi berlaku Khamis lalu mendapati orang ramai termasuk dari luar Lembah Klang tidak putus-putus mengunjungi pusat berkenaan bagi menyampaikan sumbangan serta menzahirkan sokongan.- CARI
|
Buritan replied at 19-9-2017 06:40 PM
Alhmdlh.. dapatlaa bebudak tuu tempat yg elok.. ade cf.. ade fire ext.. aku doakan semoga pusat tahf ...
Buritan replied at 19-9-2017 06:40 PM
Alhmdlh.. dapatlaa bebudak tuu tempat yg elok.. ade cf.. ade fire ext.. aku doakan semoga pusat tahf ...
totokreturn replied at 19-9-2017 06:52 PM
Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas a ...
wanitajelita replied at 19-9-2017 06:53 PM
Abg wj alhamdulillah seorang hafiz Quran. Dan Adik lelaki. Bila dengar orang kutuk2 sekolah tahfiz/p ...
totokreturn replied at 19-9-2017 06:52 PM
Dey... tahfiz tuh majoriti anak2 org kaya belaka... ada anak dato shamsudin, ada anak angkat mas a ...
NAT_11 replied at 19-9-2017 07:22 PM
Harap tokey Tahfiz tu tak gunakan duit derma itu beli Merc dan tambah
bini muda seorang dua.
ADVERTISEMENT