Siapa tak kenal 'mulut jahat' pengarah dan penerbit Michael Ang, habis semua orang kalau boleh nak dilaharnya. Kali ini, kontroversi video tular aktres Fathia Latiff turut tak terlepas daripada perhatiannya.
Baru-baru ini, Michael membuat satu video 'live' di Instagram untuk membincangkan isu hangat ini bersama peminat dan pengikutnya. Menerusi video itu, Michael berkata, dia tidaklah sebaik mana, namun tidaklah sebodoh itu untuk menari sambil menayangkan bahagian sulitnya. "Tak faham aku, berlakon tak nak pegang tangan tapi buat video tunjuk bahagian sulit. Gila ke apa?
"Kalau betul tu Fathia Latiff, memang bodohlah. Dia tak ada kerja lain ke?" ujarnya. Michael juga turut menunjukkan semula video tular berkenaan dan di penghujung video live-nya itu, dia menyatakan hanya mengenali dua daripada tiga individu dipaparkan video tular terbabit. "Tak tahulah, yang aku kenal dalam tu, Natasha Elyzza dengan Fathia. Seorang lagi aku tak kenal siapa," jelasnya. Kita tunggu dan lihat sajalah sejauh mana kebenarannya, sama ada individu berkenaan benar-benar Fathia seperti didakwa ramai. - CARI |
3
Bagus |
15
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT