Seorang lelaki sempat mengarang ayat putus cinta sebelum cuba menceroboh bilik sewa di Miri. Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh pasukan polis dan ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Pujut di Saberkas, di sini.
Ayat yang ditulis di dinding tersebut berbunyi, "Ijan love Ani. Ani kenapa kau tinggalkanku. Ku sayang padamu, kau hancurkan jiwaku." Menurut laporan Harian Metro, dua lelaki termasuk lelaki yang menulis ayat cinta terbabit cuba memecah masuk bilik sewa berkenaan selain mencuri tong gas dan kipas dinding. Sumber berkata, “Pasukan polis dibantu JKP Pujut bergegas ke lokasi dan menahan kedua-dua lelaki terbabit.
“Hasil siasatan mendapati, dua lelaki terbabit ialah suspek sama dipercayai cuba menceroboh bilik sewa di kawasan itu dengan memecahkan mangga pintu selepas seorang daripada penyewa mengecam mereka. “Bagaimanapun, tindakan mereka gagal namun seorang daripada suspek menulis ayat putus cinta di dinding bilik sewa berkenaan sebelum mereka melarikan diri.” Kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. -CARI
|
23
Bagus |
23
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
27
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HannahMontana replied at 16-9-2017 03:02 PM
cinta mmg boleh buat kita gila.
sebab tu sedari awal aku simen hati aku jgn kata cinta ,nyamuk pu ...
minguk replied at 19-9-2017 08:43 AM
ijan kalau sayang ani kenapa curi tong gas?
kucen_miang replied at 19-9-2017 08:59 AM
nak beli cincin belah rotan
ADVERTISEMENT