Menurut Datuk Seri Najib Razak, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat demokrasi dan tidak berada dalam bahaya untuk terjerumus ke pemerintahan diktator. Memetik laporan Bernama, ketika ucaptamanya pada majlis makan tengah hari dianjurkan Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa AS (CSIS), Najib berkata, tanggapan Amerika Syarikat bahawa Malaysia berada di bawah pemerintahan diktator adalah tidak masuk akal. Di bawah kepimpinannya, perdana menteri berkata demokrasi terus subur dan malah lebih utuh. “Namun, adalah benar bahawa seorang pemimpin pembangkang Malaysia telah mengakui yang beliau ialah seorang ‘diktator’ semasa beliau berkuasa. Semasa beliau menjadi perdana menteri, ratusan orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akhbar termasuk akhbar harian utama, ditutup,” katanya.
“Tetapi demokrasi di Malaysia terus hidup dan di bawah pentadbiran saya ia diperkukuhkan. Kami memansuhkan ISA dan menamatkan Darurat yang telah wujud lebih 60 tahun,” katanya. Najib turut menafikan kerajaan memenjarakan pengkritiknya. “Jika seorang ahli politik pembangkang melanggar undang-undang, beliau akan ditahan, ya. Tetapi bukan kerana mengkritik. Tidak, penahanannya kerana melanggar undang-undang – yang sebenarnya adalah norma di kebanyakan negara, dan rakyat Malaysia dan Amerika akan berasa bimbang jika sebaliknya.” - CARI
|
16
Bagus |
39
Marah |
19
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kami memansuhkan ISA dan menamatkan Darurat yang telah wujud lebih 60 tahun,” katanya.
Teemah88 replied at 14-9-2017 02:24 PM
Rafizi dah masuk dalam la pasal revealed 1mdb. APA kes??
dizzzek replied at 14-9-2017 03:28 PM
bekas tpm tanya najib mana dia dpt wang sebyk itu
trus dipecat, demokrasi la sgt
ADVERTISEMENT