CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdepan Pelbagai Cabaran, Najib Masih Tenang Kerana Wanita Di Belakangnya- Rizal Mansor

22-6-2017 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6584| Komen: 56

Description: Pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor hari ini menerusi laman Facebooknya menulis status yang memuji bosnya kerana masih tenang walaupun berdepan pelabagai “cabaran dan ujian”.
Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini mengemukakan saman sivil kedua bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB telah menarik perhatian pelbagai pihak di dalam dan luar negara. 


Namun demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dirinya tidak akan memberi sebarang komen terhadap isu DoJ Amerika Syarikat itu. 

Kelmarin, beliau mengatakan banyak kenyataan telah dikeluarkan berhubung isu berkenaan termasuk Jabatan Perdana Menteri turut memberi respond kepada DoJ Amerika Syarikat berhubung 1MDB menerusi kenyataan rasmi. 


Pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor hari ini menerusi laman Facebooknya menulis status yang memuji Datuk Seri Najib kerana masih tenang walaupun berdepan pelabagai “cabaran dan ujian”.


“Tidak hairanlah perdana menteri sangat tenang walau hadapi pelbagai cabaran dan ujian saban hari. “Kerana apa? Kerana ada seorang wanita yang cekal dibelakangnya.” 

Rizal dalam catatannya turut berkata anak muda hari ini diajar dengan politik fitnah dan kebencian ini apabila semakin ramai menyebarkan “fitnah”.

“Semakin teruk Datin Seri Rosmah difitnah, semakin banyak pahala mengalir masuk."

"Tabik dengan Datin Seri Rosmah kerana tidak semua wanita mampu bertahan seperti beliau.”

Sebelum ini, DoJ turut berkata beberapa aset mewah dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada dana milik 1MDB. Ia termasuk seutas kalong berlian bernilai hampir RM120 juta kepada seorang yang hanya dikenal pasti sebagai “isteri Malaysian Official 1”. 

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dilaporkan mencabar Datin Seri Rosmah mengambil tindakan undang-undang ke atas DoJ Amerika Syarikat. 

Akan tetapi, baru-baru ini ketika menghadiri satu majlis, dalam ucapannya Datin Seri Rosmah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan mudah terperdaya dan perlu tahu membezakan sesuatu perkara samada benar ataupun rekaan semata-mata. - CARI
19

Bagus
12

Marah
26

Terkejut
19

Sedih
22

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 22-6-2017 06:48 PM
Untung la Jibby ada Rossy dibelakangnya...:zz
Quote putehkundor 22-6-2017 06:49 PM
SENYUM
Quote harkktuih 22-6-2017 06:51 PM
Gila tak teguh..tembok besar tu
Quote kiambang 22-6-2017 06:53 PM
Tenang di muka tapi di hti sape yang tahu ...
Quote Mary_jane 22-6-2017 07:00 PM
Ye ke dibelakang? Ke depan?
Quote KucingKedai 22-6-2017 07:24 PM
tetiba teringat cerita shutter. hish aku ni..
Quote finesse 22-6-2017 07:24 PM
Ewww jijik as aku baca.. muntah hijau.. bernanah telinga aku..
Quote pearl.silver 22-6-2017 08:00 PM
Dibelakang ke didepan?
Quote RatuDunia94 22-6-2017 08:20 PM
Iols tgok iklan raya deols kat tv pakai baju purple lawak gile.. Kak mah siap acah2 tgh anyam ketupat gitu.. Entah2 seumur hidup x pernah masuk dapur..
Quote becir 22-6-2017 08:26 PM
Mafaka Ni biar betul?

Quote bambimo 22-6-2017 08:29 PM
ololo so sweet...

#relationshipgoals

Quote idea77 22-6-2017 08:47 PM
Ini bukan wanita cekal..tapi wanita kulit boya..kulit tebal tak reti malu. Mencuri pastu boleh wat dek jer...rosak negara
Quote JeepersCreepers 22-6-2017 08:47 PM
KucingKedai replied at 22-6-2017 07:24 PM
tetiba teringat cerita shutter. hish aku ni..

Berat bahu memikul      
Quote idea77 22-6-2017 08:49 PM
Letih dgn drama jibby n rossy...turunlah. Rakyat makin derita..ekonomi makin teruk. Pencuri yg paling tak malu dlm dunia..sungguh malu ada PM mcmni
Quote Geometry 22-6-2017 11:03 PM
Memang betul..kekuatan sebenar lelaki adalah terletak pada seorang wanita yang berada di sisinya setiap waktu keadaan. Dan wanita itu adalah penyokong utama lelakinya selain memiliki ciri2 yg utama iaitu bijaksana, bijaksana dan bijaksana. Bijak yang ke arah kebaikan ya. Bijaksana.. Licik dalam mengatur kehidupan dan arah tuju.

Begitulah tingginya darjat dan peranan wanita yg menjadi ibu, isteri, saudara, teman atau sahabat yg istimewa. Pakailah emosi kita dengan permainan psikologi secara wijaksana.
Quote Burong_Hantuk 22-6-2017 11:11 PM
sya tak mau komen
Quote Teru2Bozu 22-6-2017 11:14 PM
senyum.. tak perlu kata apa2..
Quote eyansss 22-6-2017 11:26 PM
salah tajuk ni...  patutnya tajuk kena berbunyi cenggini...


Berdepan Pelbagai Cabaran, Najib Masih Tenang Kerana Wanita Di Hadapannya- Rizal Mansor

Quote tagas 23-6-2017 09:32 AM
Nak2 rayer ni mesti lebat angpow pem khas&macai

tegar nih dpt

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.221240 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top