"Saya kenali Almarhum baginda sewaktu menjadi Menteri Pertahanan, saya anjurkan LIMA (Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi), saya menghadap Almarhum tuanku dan baginda titah agar saya sediakan kemudahan lif di dewan masuk kerana tidak boleh naik tangga." Demikian luahan kerinduan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai hubungan baiknya dengan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim di Istana Anak Bukit di Alor Setar kelmarin. Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri itu turut mengimbau pesanan Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah agar membantu perdana menteri menjaga keharmonian dan keselamatan negara.
Beliau berkata almarhum baginda bertitah demikian sebelum berangkat pulang ke Istana Anak Bukit selepas tempoh lima tahun berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong berakhir pada Disember 2016. "Ada banyak lagi pesanan Almarhum baginda yang agak peribadi untuk saya kongsikan... Almarhum baginda juga ada hasrat agar hubungan peribadi antara kami terus terjalin." Ahmad Zahid berkata Almarhum Sultan Abdul Halim juga seorang yang sangat berdisiplin, menepati waktu dalam sebarang keberangkatan dan sentiasa menghargai rakyat. Almarhum Sultan Kedah mangkat pada 2.30 petang Isnin di Istana Anak Bukit pada usia 89 tahun selepas 59 tahun memerintah Kedah. Jenazah Almarhum baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang kelmarin.- CARI
|
19
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT