Adatlah sekiranya peminat berasa tak puas hati apabila penyanyi kesukaannya tersingkir daripada melangkah ke peringkat seterusnya. Perkara sama turut dirasakan pengasas produk kecantikan D’ Herbs Datuk Aliff Syukri yang mempertikaikan keputusan juri tetap program AF Megastar Datuk Ramli MS kerana tidak memilih bintang kegemarannya, Mila Jirin untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Saya tak puas hati lah. Kenapa penyanyi kegemaran saya, Mila tersingkir? Saya rasa Datuk tak reti pilih ni," katanya. Lucu pula apabila Ramli MS dengan selamba menyuruh Aliff untuk membuka siaran televisyen (TV) sendiri.
“Besok buka TV sendiri, boleh pilih siapa yang nak pilih. Duit banyak.” balasnya. Menerusi video berkenaan, kelihatan Michael Ang juga turut sama tertawa dan mengiakan jawapan Ramli itu. Daripada 24 bintang yang berentap pada malam konsert homecoming 1 dan 2 baru-baru ini, hanya 12 terpilih untuk mara pusingan seterusnya iaitu Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal. Betullah tu. Datuk Aliff kan kaya, nanti bolehlah pilih sendiri semua penyanyi kesayangan sebagai pemenang kalau buka TV sendiri, tak begitu? - CARI
|
22
Bagus |
14
Marah |
27
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sailormoon90 replied at 13-9-2017 12:29 PM
paling tak faham si azhar tuh boleh termasuk. adoii buruk nau dia nyanyi.
tapi aklau malam tuh di ...
buragazz replied at 13-9-2017 12:26 PM
Daripada si Mila tu baik Emilia lagi.. aku masih tak faham kenapa dia Emilia tak terpilih
intan_smsb replied at 13-9-2017 12:34 PM
ke gimik je ni uols??
silap2 nanti ade kejutan
Kening_Panjang replied at 13-9-2017 01:56 PM
apa lagi, pi gabung dgn DSV bole je bukak channel sendirik, penuh ler semua citer korangs je dlm tu, ...
ADVERTISEMENT