Assalamualaikum, Keindahan dalam melakukan amal kebaikan merupakan satu nikmat yag dikurniakan Illahi kepada hamba-hambanya yang ikhlas.
Topik perkongsian saya bagi segmen kali ini adalah berkenaan dengan amal kebaikan yang kita lakukan samada perlu dipertontonkan sama ada secara sedar atau tidak atau sebaliknya? Apabila menyebut amal kebaikan, ianya terlalu luas untuk diungkapkan satu persatu. Begitu hebat kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya sehinggakan kita semua berkesempatan untuk melakukan amal kebaikan sebanyak mungkin. Seperti yang semua sedia maklum, amal kebaikan yang kita hendak lakukan akan pasti diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan seperti jika kita ingin bersedekah tapi kita tidak punyai wang yang secukupnya untuk diri sendiri. Juga mungkin, apabila kita ingin membantu seseorang dalam kesusahan, kita pula dituduh ingin mengambil kesempatan, atau mungkin kita ingin membantu rakan dalam kesusahan, kita diuji dengan kata-kata seperti ‘tolong ada makna’ dan bermacam lagi kemungkinan yang boleh berlaku sebagai ujian terhadap amal kebaikan yang kita ingin lakukan. Pun begitu, saya lebih tumpukan kepada ujian hati yang sentiasa dibisikkan dengan perasaan yang tidak ikhlas dalam membuat amal kebaikan. Tambah lagi kerancakan teknologi zaman ini dengan kewujudan media sosial seperti facebook, twitter, whatsapp, Instagram dan sebagainya menebalkan lagi ujian terhadap diri yang ingin membuat amal kebaikan. Saya tidak mahu memberi contoh yang terlalu besar, tetapi cukup sekadar berkongsi perkara-perkara kecil yang sering kali berlaku di media sosial. Pernah anda terbaca beberapa status di facebook atau mungkin di instagram mahupun twitter berkenaan dengan perkongsian seseorang tentang kebaikan yang dilakukan mereka? Sebagai contoh seperti : (1) Alhamdulillah syukur, diberi kesempatan berada menunaikan solat Jumaat hari ini. (beserta gambar suasana di dalam masjid) (2) Kesian makcik tu jual kerepek tapi bank, saya pun hulurlah RM10, harapnya boleh bantu makcik tu serba sedikit. (3) Jom Solat Zohor.. (4) Walaupun hari ini kerja banyak sangat tapi saya mampu juga bertahan puasa seharian. (5) Baru lepas solat Zohor dan solat sunat, baru seronok nak bekerja lepas ni. Dan bermacam-macam lagi status amal kebaikan yang mungkin pernah kita baca di media sosial. Persoalannya adakah ianya merupakan satu kesalahan? Pandangan saya secara peribadi, segala bentuk amal kebaikan yang kita lakukan tidak perlu dipertontonkan kepada umum kerana dikhuatiri bisikan syaitan yakni riak menerjah masuk ke dalam hati kita tanpa kita sedari. Sabda Rasulullah SAW ; “..sedikit riak sudah mendatangkan SYIRIK kepada Allah SWT” Justeru sebagai langkah berhati-hati, seeloknya kita simpankan sahaja kebaikan yang kita lakukan dan hanya antara kita dengan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui perbuatan amal kebaikan tersebut. Mungkin ada yang berpandangan bahawa bukanlah niat untuk memberi tahu umum apatah lagi untuk riak tetapi sekadar untuk memberi iktibar kepada orang ramai. Barangkali ada baiknya niat murni tersebut namun, saya lebih sarankan agar apa yang diberikan oleh tangan kanan tidak langsung diketahui oleh tangan kiri. Fahamkan maksudnya? Mainan syaitan penuh teknik dan strategi, jadi afdalnya kita tidak membuka ruang kepada syaitan untuk menguasai hati kita yang mudah goyah itu. “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya.” (QS. Al Maa’uun 4-6) Kesimpulan atas bicara ringkas ini, saya berpesan kepada diri saya dan kalian pembaca bersama-sama kita teruskan beramal, teruskan membuat kebaikan, teruskan berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara tanpa ada sedikit terselindung perasaan riak dan ingin disanjung. Tetapkanlah di dalam hati semua perkara adalah dilakukan hanya kerana Allah SWT. Salam Ikhlas, ----Airol Irwan Limin----
|
31
Bagus |
22
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
35
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Core: Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sakit dulu, aku siap letak sign "do not take photo ...
Core replied at 13-9-2017 11:42 AM
Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sa ...
buapakperut replied at 13-9-2017 01:20 PM
iols masa nikah tak buat dulang hantaran.then biras pempuan nk sponsor, iols biar je.pas nikah husba ...
buapakperut replied at 13-9-2017 01:20 PM
iols masa nikah tak buat dulang hantaran.then biras pempuan nk sponsor, iols biar je.pas nikah husba ...
Core: Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sakit dulu, aku siap letak sign "do not take photo ...
ADVERTISEMENT