Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memberi jaminan bahawa dalam usaha menentang pelampau agama, Malaysia akan menjadi penyokong kuat di belakang Amerika Syarikat. Dalam rencana di The Hill, America Daily melaporkan politik tempatan dan isu-isu dibincangkan di Kongres. Najib berkata, kini dunia sedang berdepan masalah senjata nuklear, ideologi ekstremis, ideologi keganasan dan banyak lagi ancaman, justeru setiap negara memerlukan rakan sejati dan teguh. Tambah beliau, saya akan bertemu Presiden Donald Trump hari ini di Rumah Putih yang menandakan hubungan dua hala yang telah dijalinkan selama 60 tahun di antara dua negara.
Namun, tegas beliau dari aspek sejarah, hubungan baik kedua-dua negara sebenarnya boleh pergi lebih jauh lagi. Selain memerangi keganasan, Najib mengulangi komitmennya untuk memperkuatkan lagi hubungan dua hala yang berlangsung lebih 60 tahun. Pada masa yang sama, beliau juga menceritakan usaha Malaysia untuk menangani ancaman Negara Islam (IS) melalui promosi wasatiyah dan melalui program antiradikalisasi yang merekodkan kadar kejayaan 90 peratus. "Saya bangga mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 serangan pengganas utama sejak 2012." "Musuh kamu (mereka yang menggunakan agama di kalangan majoriti rakyat Malaysia dengan mendakwa keganasan yang mereka lakukan adalah islamik) adalah musuh kami juga." - CARI
|
9
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dcruins replied at 12-9-2017 10:09 AM
Jumpa Potus September, Bulan October pulak terima lawatan Xi Jinping, boleh tahan gak kerja2 belakan ...
dcruins replied at 12-9-2017 11:07 AM
Mahathir pun buat benda sama gak, attack barat melalui media etc, tapi masa sama piii gak menghadap ...
arman98 replied at 12-9-2017 11:16 AM
diantara dua ekor gajah, kita pilih both.
Pilih China utk ekonomi dan pilih US utk security.... ...
MatDeghem replied at 12-9-2017 11:36 AM
tapi china mau gunakan malaysia untok geo power. Kalau malaysia gunakan US for security nanti Chin ...
ADVERTISEMENT