Di Limbang, Sarawak, seorang budak perempuan berusia sembilan tahun disyaki mengalami penderaan seksual. Suspek yang terlibat merupakan dua orang budak lelaki yang masing-masing berusia 10 dan 11 tahun. Memetik laporan The Star, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam yang mengesahkan kes tersebut dan berkata kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa yang berusia 32 tahun dan seorang pekerja ladang bertindak membuat laporan polis. “Kejadian ini terbongkar setelah ibu mangsa yang bekerja di sebuah ladang mencari anaknya yang pergi bermain bersama dua kanak-kanak lelaki itu sekitar pukul 7.10 petang semalam." “Ibu mangsa terkejut apabila masuk ke stor itu setelah mendapati anaknya terbaring di atas tikar tanpa pakaian pada bahagian pinggang ke bawah malah salah seorang kanak-kanak lelaki itu berada di atasnya dalam keadaan posisi seksual,” kata SAC Datuk Dev Kumar.
Tambah beliau lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Jenayah dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- CARI |
7
Bagus |
16
Marah |
7
Terkejut |
15
Sedih |
38
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT