CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Taraf Pendidikan Bukan Penentu Utama Gaji - Respon Seorang Bos Bila Dipersoal "Pekerja Bijak"

11-9-2017 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6285| Komen: 15|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Kebiasaannya, penanda aras bagi membantu majikan menentukan tahap gaji pekerja dikira berdasarkan taraf pendidikan dan juga pengalaman bekerja.

Namun kini, ia bukan lagi satu perkara yang relevan dalam penilaian prestasi pekerja setelah seseorang sudah diterima bekerja di sesebuah syarikat.

Taraf pendidikan dilihat hanya sekadar syarat dan penentu gaji pokok, selebihnya kenaikan gaji dan bonus tahunan pula dinilai melalui prestasi seseorang pekerja itu sendiri.

Sebagai contohnya, kisah seorang pekerja yang mempunyai pendidikan tinggi mempertikaikan gaji pekerja lain menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut paparan perbualan WhatsApp hasil perkongsian pengguna Facebook yang menggunakan nama Juni Lim, pekerja itu tidak berpuas hati dengan majikannya kerana mendakwa pekerja lain yang lebih rendah taraf pendidikan berbandingnya menerima bonus dan kenaikan gaji lebih tinggi. Ini respon "pedas" dari majikannya.



Bosnya cuba menguji pekerja tersebut dengan beberapa soalan berkenaan kerja.


Ini pula paparan "screenshot" yang dihantar oleh bosnya tentang bagaimana pekerja lain menjalankan tugas apabila disuruh.

Ternyata, prestasi kerja yang baik adalah penentu tahap pencapaian seseorang pekerja. Jadi elakkanlah perasaan iri hati dengan rakan sekerja kerana sekiranya kita bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menjalankan tugas, pasti suatu masa nanti kita juga akan mendapat penghargaan dan "berita baik" daripada majikan. 

Selain itu, apa lagi pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini? Bahaskan! - CARI




19

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-9-2017 04:44 PM
kalaulah gomen buat mcm ni?
Quote tagas 11-9-2017 05:04 PM
Budaya keje zaman skang

hari ni arah smlm siap..do or die

bos taw selesai jer

Cth pekerja yg cemerlang

Bos arah A

org bwh yg  bijak akan complete task dr A-Z

tak perlu guide dr bos atau sesiapa

berbanding yg tak bijak complete

keje separuh jln siap nak kena remind lak br jln kije

sinonim dgn budaya keje dlm gomen kena ketok

br jln
Quote Mopiko 11-9-2017 05:16 PM

hidup ini memang tak adil.  pandai kipas kuat jilat bos mesti cepat naik  



Quote nisako 11-9-2017 05:18 PM
hahaa..... ambik ko
Quote Jorja 11-9-2017 06:00 PM
Kalau gomen lain pula sekarang ni..makin tinggi belajar makin naik gaji..untung o budak2 baru posting gred dg41 kalau ada master gaji pokok besar dpt extra >$500  banding dengan yg selesa degreenya aja tu
Quote Jorja 11-9-2017 06:04 PM

Kalau gomen lain pula sekarang ni..makin tinggi belajar makin naik gaji..untung o budak2 baru posting gred dg41 kalau ada master gaji pokok besar dpt extra >$500  banding dengan yg selesa dgn degreenya aja tu
Quote moonbug 11-9-2017 06:04 PM
Boss selalunya suka employee yg ada excellent problem solving skill and self initiative. Sebelum dia follow up on a task, kita dah update dia dulu. Bukan dia bg task on Monday, Friday dia tanya kita belum start pun lagi. Kena proactive. Kalau tak siap lg pun, jgn ckp tak tau bila boleh siap. Bg je estimation by bila boleh siap. Takde la dia tertunggu2.
Quote batmana 11-9-2017 06:11 PM
Jorja replied at 11-9-2017 06:04 PM
Kalau gomen lain pula sekarang ni..makin tinggi belajar makin naik gaji..untung o budak2 baru post ...

sebab tu la malaysia ni catat paling ramai kakitangan gomen didunia
tapi keja masih lembab
Quote merrissa 11-9-2017 07:23 PM
fuyo hebat leni.....amik kau mansor...bonus nak...keje sambil lewa....

bagus leni....sgt berpengalaman n details kerje nya...bukan takat mansor yg tersentap...aku pon..hehehee
Quote mizruncing 12-9-2017 09:52 AM
keje skg byk tgk pengalaman je
Quote krustykrab 12-9-2017 10:41 AM
kisah ni mengingatkan aku kat colleague aku, orgnya ada master ...tapi kerja sgt la lembab, bila buat report sangatlah mcm report lepasan spm, selalu lupa itu ini, kalau tak mintak benda yg kita suruh dia buat, mmg sampai kiamat la duduk dlm tray dia then bila kita mintak boleh pulak tanya eh kena bagi ke, ketjanya asik belek hp ataupun berborak dgn staff dept lain...pendek kata serupa mansoer la,tp bercita2 nak gaji setarap master
Quote Soorayahas 13-9-2017 10:00 AM
practical are more relevant nowdays..kadang2 study sampai ke master or phd tapi tak pndai mix dgn surounding culture
Quote paz 13-9-2017 10:04 AM
Betul sangat ni. Kat opis aku penuh dengan orang bijak pandai, yang ada doctor heboh nak di panggil doctor. Tapi aduh, kerja asik nak kena follow up aja. Tak specialist langsung. Bosan tau tak.
Quote wirazam 15-9-2017 08:08 AM
Jorja replied at 11-9-2017 06:00 PM
Kalau gomen lain pula sekarang ni..makin tinggi belajar makin naik gaji..untung o budak2 baru postin ...

betul ke statement awak ni...kalau betul bagus dan bertuah org gomen gred 41
Quote hyie 15-9-2017 11:06 AM
cakap pasal gomen ni, iols dapat exam online spa lhdn pegawai eksekutif 41 20/9 ni 8pm...sapa2 ada soalan latihan atau panduan, mohon share ya sebab first time dapat exam hahahaa...btw, apa yang iols fikir sekarang ialah camna agaknya persekitaran kerja dalam gomen ya...paling malas nak hadap acik2 tua yang tak reti guna microsoft word

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090524 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top