Kebiasaannya, penanda aras bagi membantu majikan menentukan tahap gaji pekerja dikira berdasarkan taraf pendidikan dan juga pengalaman bekerja.
Namun kini, ia bukan lagi satu perkara yang relevan dalam penilaian prestasi pekerja setelah seseorang sudah diterima bekerja di sesebuah syarikat.
Taraf pendidikan dilihat hanya sekadar syarat dan penentu gaji pokok, selebihnya kenaikan gaji dan bonus tahunan pula dinilai melalui prestasi seseorang pekerja itu sendiri.
Sebagai contohnya, kisah seorang pekerja yang mempunyai pendidikan tinggi mempertikaikan gaji pekerja lain menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut paparan perbualan WhatsApp hasil perkongsian pengguna Facebook yang menggunakan nama Juni Lim, pekerja itu tidak berpuas hati dengan majikannya kerana mendakwa pekerja lain yang lebih rendah taraf pendidikan berbandingnya menerima bonus dan kenaikan gaji lebih tinggi. Ini respon "pedas" dari majikannya.
Bosnya cuba menguji pekerja tersebut dengan beberapa soalan berkenaan kerja.
Ini pula paparan "screenshot" yang dihantar oleh bosnya tentang bagaimana pekerja lain menjalankan tugas apabila disuruh.
Ternyata, prestasi kerja yang baik adalah penentu tahap pencapaian seseorang pekerja. Jadi elakkanlah perasaan iri hati dengan rakan sekerja kerana sekiranya kita bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menjalankan tugas, pasti suatu masa nanti kita juga akan mendapat penghargaan dan "berita baik" daripada majikan.
Selain itu, apa lagi pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini? Bahaskan! - CARI
|