Dilaporkan terdapat 51 peratus pengguna aplikasi WhatsApp di Malaysia menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari, berkongsi dan berbincang mengenai berita-berita sepanjang minggu. Memetik Laporan Berita Digital 2017 oleh Institut Pengajian Kewartawanan Reuters di Universiti Oxford, peratusan itu dikatakan paling tinggi berbanding negara-negara lain di dunia ini. Berbanding dengan Amerika Syarikat, hanya tiga peratus pengguna berita yang menggunakan platform pesanan popular itu. Difahamkan pesaing utama Malaysia dari segi penggunaan WhatsApp terdiri daripada Brazil dan Chile yang masing-masing memiliki jumlah 46 dan 39 peratus. Menurut laporan berkenaan, kedudukan aplikasi pesanan dan media sosial paling tinggi di Malaysia dari segi habit penggunaan berita dalam talian adalah Facebook (58 peratus), YouTube (51 peratus), WeChat (13 peratus) dan Instagram (13 peratus).- CARI
|
27
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
white_musk replied at 11-9-2017 10:01 AM
Benda benda macam ni je la mampu bersaeng. Sukan? Jangan mimpilah nak bersaeng dengan pasukan afgh ...
mizruncing replied at 11-9-2017 10:26 AM
Malasia Boleh ~
ADVERTISEMENT