Kalau dulu tampil dengan imej bertudung, kini Siti Saerah sudah tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit lagi. Keputusannya untuk membuka hijab awal tahun lalu telah membuatkan ramai peminatnya terkejut.
"Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung. "Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka. "Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik," katanya kepada mStar Online.
Sudah tiga tahun bercerai, Saerah,33 mengakui yang dia kini sudah menemui pengganti. "Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin. "Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus," tambahnya. Adik kepada penyanyi Siti Nurhaliza ini juga mempunyai tiga anak dari perkahwinan lama iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun. Siti Saerah akan muncul dengan single baharu, Hanya Restu dan berharap agar peminat dapat menyokong perjalanan kariernya. Semoga Saerah berjaya dan bahagia di samping keluarga tercinta. -CARI
|
20
Bagus |
19
Marah |
35
Terkejut |
23
Sedih |
19
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT