CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32081|Reply: 249

Enggan Hipokrit - Siti Saerah Buka Tudung

  [Copy link]
Post time 8-9-2017 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jointhecurse at 8-9-2017 01:52 PM

"Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini.





"Dalam masa sama, Kak Siti juga bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru.

"Jadi saya berterus-terang sahaja," kata adik kepada penyanyi Siti Nurhaliza, Siti Saerah Tarudin, 34, mengenai keputusannya untuk membuka tudung awal tahun lalu.

Kata Saerah, meskipun tindakannya itu telah membuatkan peminatnya terkejut, dia tidak mahu bersikap hipokrit dan adalah lebih baik dia muncul dengan imej sebenar.

Klik untuk gambar besar


"Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa. Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

"Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung.

"Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka.

"Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik," ujarnya yang juga seoarng penyanyi seperti kakaknya.



Sementara itu, Saerah memberitahu dia sudah menemui pengganti yang juga seorang kenalan lamanya setelah tiga tahun bercerai.

Saerah berkata, dia kembali bertemu dengan Shahidan Johari, 30, sejak tahun lalu sebelum hubungan itu bertukar akrab.

"Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin.



"Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus," jelasnya.

Menerusi perkahwinan bersama Saiful Anuar Ahmad Shafie sebelum ini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Dalam perkembangan yang sama, Saerah muncul dengan single baharu berjudul 'Hanya Restu' ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya.

Lagu tersebut merupakan single terbaharu Saerah dan berharap peminat dapat menyokong perjalanan karier seninya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 08:39 AM | Show all posts
Ada peminat budK ni???? Janet betul la.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
erm.
ye lah...
bukak.katup bukak katup..
tetap gundu juga..
muka comey doh..
anak.dia.yang pompuan tu lain dah muka
.ke mekap tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa ja ko mekserah.....yang jelas dan nyata ko hodoh xlawa pon..
dan xder kepentingan ponnggg dlm industri artis mesia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:43 AM | Show all posts
ape2 je la saerah oiii.. sape la meolls nk judge chuolls lbih2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:44 AM | Show all posts
kelakar ada satu komen tu kata tutup ke bukak ke sama je hodoh muka dia...aduh! sure tersentap ko!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
All the best
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:50 AM | Show all posts
ade ke peminat dia ni...? sape je yang minat dia ni..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
- ade peminat ke?
- muka tua sebelum usia
- kesian tokti bakal dapat adik ipar hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
udah2 la ceciter nak jadi penyanyi tu dik saerah, kaka rasa kesian pulak kat ko....malap senantiasa, chuols ada peminat ke saerah????
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukak x bukak tetap hmmm jugak kak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Buka la apa2 yg boleh dibuka pun
Rupa ko camtu la jg
Xde aura retis!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:23 AM | Show all posts
kau bukak ke kau tutup ko tetap senduuuu sepanjang zaman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat dia ni. Nampak cam lost. Mujur la dapat akak cam tok ti. Jenis tolong adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:41 AM | Show all posts
semoga Tok Ti tabah dengan adik beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:43 AM | Show all posts
Semuga mendapat hidayah hendaknya

#modsetazah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 09:44 AM | Show all posts
beliau adalah salah seorg geng adik beradik artis yg menyemak.. xtau ape fungsinyeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:46 AM | Show all posts
laaa wujud lagi ker saerah ni dlm industri seni tanah air?apa2 jer laa saerah oiii, ko nk pakai tudung ke, nk buka tudung ker...ehhh suka ati ko laa. ko ingat bila dh buka tudung, nama ko dlm industri seni akan naik mencanak ker?? #Tanya aje
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:50 AM | Show all posts
Mana gambar terbaru dia? aku tak leh recall muka dia...
asal nk recall je terbayang muka TokT, asal nak recall je terbayang muka TokT..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:51 AM | Show all posts

artis ke sheols ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.824970 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list