Jika anda peminat tegar mi segera atau lebih tepat, mi segera Indomie, anda kena buat kunjungan ke Kafe Indo Bowl!
Hanya yang pernah makan Indomie sahaja tahu betapa sedapnya mi dari Indonesia ini! Tak boleh nafikan, makanan dari Indonesia jarang sekali mengecewakan. Beroperasi di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Indo Bowl menawarkan pelbagai topping yang bakal buat anda 'gila' kerana tak tahu nak pilih menu mana satu. Dari steak hinggalah salmon, semua nampak menyelerakan! Selain Indomie yang menjadi fokus tarikan, hidangan sampingan yang ditawarkan juga tak kurang hebatnya! Anda boleh dapatkan menu makanan laut mahupun makanan barat. Satay pun ada tau! Lebih menarik, semua hidangan Indomie yang ditampilkan dengan telur mata digandingkan dengan sambal pilihan membuatkan anda meneguk ludah membayangkan keenakannya. Untuk extra kick, kafe ini menawarkan dua pilihan sambal iaitu sambal merah dan hijau. Anda boleh pilih sambal hijau jika tak berapa menggemari kepedasan. Jika tak mahu mi goreng, anda boleh memesan nasi uduk atau nasi goreng. Menarik, bukan? Mesti meleleh air liur melihat set hisangan Indomie di atas kan? Jom pekena sekali! - CARI
|
15
Bagus |
30
Marah |
17
Terkejut |
24
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick: sedapnya nmpk sambal dia...aku buat sendiri x penahnya jadi cantik mcm tu
LostStar replied at 7-9-2017 06:57 PM
seperti tidak menyelerakan pon.. kalau dah sampai sg besi tu baek p mee tarek.. hehe
Joannalee replied at 7-9-2017 06:16 PM
Meneguk ludah... hihihi...
deathacker replied at 7-9-2017 09:58 PM
Geli pula baca meneguk ludah.
Joannalee replied at 7-9-2017 06:16 PM
Meneguk ludah... hihihi...
ADVERTISEMENT