Rakyat Malaysia pastinya gembira bercuti panjang ketika sambutan Hari Merdeka dan Raya Haji selepas kerajaan mengumumkan tambahan cuti sehari pada 4 September sempena kecemerlangan kontinjen negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Memetik laporan Astro Awani, peluang yang hanya berlaku pada musim perayaan itu ternyata tidak dilepaskan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam terbaru yang menjadi kebanggaan negara. "Bersama isteri tersayang naik MRT Sg Buloh-Kajang hari ini," tulis Dr Mahathir di laman Twitter.
Beliau yang segak berkemeja biru turut berkongsi beberapa keping gambar ketika sedang menaiki kenderaan awam tersebut dengan beberapa orang pengikutnya. Setakat ini, catatannya itu sudah lebih 15,000 'retweet' dan menerima lebih 20,000 'like'. Sepanjang perjalanan, Tun Mahathir dilihat merakamkan gambar penumpang yang bersama-sama beliau menaiki MRT. Pengguna Twitter dengan nama 'Keaqilahan' berkata: "Nak jumpa. Untung orang KL dapat jumpa Dr Mahathir dalam pengangkutan awam." Seorang lagi pengguna, 'Iamshazzybiebs' pula berkata: "Saya akan menjerit kalau terjumpa Dr Mahathir dalam MRT yang saya naiki." - CARI
|
17
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 5-9-2017 06:24 PM
Boleh tak video jibby bagi ucapan tu digantikan dengan video yg lebih berfaedah?
Terjerit2 "...
...
spiderman80 replied at 5-9-2017 09:29 PM
Walaupun Tun penuh dengan kontroversi, tapi beliau memang terkenal atas kesetiaannya kepada isteri t ...
ADVERTISEMENT