Zila Seeron pernah menggemparkan industri hiburan tanah air sebelum ini apabila dicekup dan didakwa berkhalwat. Bekas isteri kepada pelawak Along Cham ini dicemuh dan dikecam hebat apabila mewarnakan rambutnya menjadi perang serta membuka tudung selepas bercerai pada 28 Ogos 2016 tahun lalu.
Kali ini dia mengejutkan ramai lagi apabila mengumumkan sudah kembali bertudung semula. Disebabkan itu ramai yang mendakwa Zila seolah-olah mempersendakan agama dan adab dalam pemakaian tudung. Sedar tentang kesilapannya, Zila kini sedang berusaha membaiki diri semata-mata untuk mengejar keberkatan dalam hidup.
“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak. “Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang. “Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya kepada Harian Metro. Anak tunggalnya, Ahmad Danial, 6 diberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas suami dan dia kini selesa menjalani kehidupan solo. “Saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi cuma soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Apa yang lebih utama sekarang adalah untuk mencari rezeki dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. “Sudah tiba masanya membina nama dalam persada nyanyian yang saya tinggalkan selepas mendirikan rumah tangga. “Meskipun belum ada sebarang produk baru, saya masih menerima undangan menyanyi dan berharap kemunculan saya nanti disambut baik oleh peminat dan penggiat industri,” tambahnya. Semoga berjaya, kami doakan yang terbaik untuk Zila. -CARI
|
13
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Minami2013 replied at 4-9-2017 07:10 PM
Moga istiqamah...
ADVERTISEMENT