"Saya ditawarkan menghadiri uji bakat AF Megastar. Mengenangkan apa yang pernah berlaku, saya agak tawar hati menyertainya kerana bimbang dikecewakan lagi." Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Idayu mengakui sebenarnya sudah patah semangat untuk meneruskan karier dalam bidang muzik namun suaminya, Shahrul Fadzil yang memberinya keyakinan untuk mencuba. Namun memetik laporan Berita Harian, pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob ini menyifatkan penyertaannya dalam program realiti, Akademi Fantasia Megastar sebagai penawar mengubati kekecewaan selepas impian bersaing dalam rancangan Duo Star sebelum ini tidak kesampaian. Penyanyi yang berasal dari Kelantan ini sepatutnya bergandingan dengan juara AF2, Zahid dalam program realiti itu, tetapi entah di mana silapnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai finalis.
"Saya mahu membuktikan bakat dan kematangan kerana tidak berpeluang melakukannya ketika di AF apabila tersingkir awal," katanya. Idayu tersingkir pada minggu keempat persaingan ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan yang pernah dipopularkan Misha Omar. Bagaimanapun, Idayu yang cukup sinonim dengan gelaran sebagai Mariah Carey Malaysia berkata sepanjang menyepi dia masih aktif menyanyi namun tawaran persembahan tidak banyak dan dia memberi fokus kepada perniagaan bersama suaminya.- CARI |
18
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nur Farah Idayu Yaakob ini menyifatkan penyertaannya dalam program realiti, Akademi Fantasia Megastar sebagai penawar mengubati kekecewaan
Bagaimanapun, Idayu yang cukup sinonim dengan gelaran sebagai Mariah Carey Malaysia
ADVERTISEMENT