CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masamnya! Nak Tahu Tip Pilih Oren Sunkist Yang Manis Dan Sedap?

30-8-2017 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11301| Komen: 20|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sebut sahaja buah oren, pasti terbayang rasanya yang masam-masam manis, namun menyegarkan!
Sebut sahaja buah oren, pasti terbayang rasanya yang masam-masam manis, namun menyegarkan!


Foto: Alibaba


Pun begitu, ada segelintir daripada kita tidak begitu menggemarkan buah berkenaan kerana 'takut' dapat yang terlalu masam. Memang buruk rupa kita masa tu menahan masamnya, kan?

[resize output image]

Hm, macam mana nak pilih buah oren sunkist yang manis dan sedap ya?


Mudah sahaja! Carilah yang ada lubang di bahagian bawahnya seperti dalam rajah di bawah ini.

Petua ini dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Erna Nadia yang menjamin oren yang berlubang di bahagian bawahnya mengandungi lebih banyak jus dan Vitamin C.


Foto: FB Erna Nadia

Tambah Erna, anda juga boleh mencuba untuk menghidu baunya. Jika ada bau manis, kemungkinannya untuk berasa manis juga sangat tinggi tau!

Lepas ni, bolehlah belek bahagian bawah oren sunkist ketika nak membelinya ya. Semoga berjaya! - CARI
20

Bagus
27

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
26

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 30-8-2017 01:08 PM
oowwwhh yer ker..pas ni boleh la try
thanks
Quote Elle_mujigae 30-8-2017 01:10 PM
haha comelnya gifs baby tu...

thank you for the tips...
tapi selalu beli yg dah pack sekali so redha je la kalau dapat yg masam...
Quote JerryJemima 30-8-2017 02:07 PM
Tips yg sy pernah baca lak kita tengok bwh buah tu. Kalau lekuk tu terperosok ke dlm buah tu masam. Kalau rata je maksudnya manis
Quote orgsepang 30-8-2017 02:44 PM
Kitaorang panggil limau berpusat. Lagi satu timang timang buah tu sikit, kalau berat maknanya jus banyak dan segar.
Akak kalau pilih limau jurujual pun penat tunggu.  Belek timang bukan main lama lagi
Quote chinta89 30-8-2017 03:01 PM
sedapnya oren!
Quote pearl.silver 30-8-2017 03:02 PM
I ada post psl tips beli limau manis ni..
Satu lg tengok kod pd buah tu..iols akan elakkan beli buah kod 4104. Tp bli kod 3107. Pasal kod ni baca kat mana tak ingat dah.
Sebelum ni beli limau guna tips2 ni memang berjaya dapat buah manis. Tapi malangnya last weekend bli limau kat the store sunkist 3107 dengan lubang kat bontot masam sikit..penyudahnye buah tak masuk peti ais.dengan harapan balik cuti ni dia masak ranum dengan suhu rumah {:cryrun
Quote pucuk-kelompang 30-8-2017 03:34 PM
thank you for sharing the tips... boleh cuba aihhh
Quote moocoww 30-8-2017 11:44 PM
Okeh..boleh cuba tips nih..
Quote emelia1509 31-8-2017 04:23 PM
Masam pun meols layan je sunkist ni..lagi masam lagi syok mehhh..
Quote jazaa100 1-9-2017 10:55 AM
JerryJemima replied at 30-8-2017 02:07 PM
Tips yg sy pernah baca lak kita tengok bwh buah tu. Kalau lekuk tu terperosok ke dlm buah tu masam.  ...

Maksudnya yg x de lubang tu manis lah iya....
Quote JerryJemima 1-9-2017 04:12 PM
jazaa100 replied at 1-9-2017 10:55 AM
Maksudnya yg x de lubang tu manis lah iya....

Dia lebih mcm dent/lekuk kt bwh tu. Gambar atas tu berlubang terus.
Tp limau mandarin la bukan sunkist hehe
Quote moonbug 4-9-2017 12:18 AM
Good tips. Selalu kalau beli oren i akan simpan dlm fruit basket at room temperature je. Tahan up to 2-3 weeks and by then selalunya dah juicy and manisss
Quote moonbug 4-9-2017 12:19 AM
emelia1509 replied at 31-8-2017 04:23 PM
Masam pun meols layan je sunkist ni..lagi masam lagi syok mehhh..

Tp kalau masam sgt ngilu gigi. Nak kunyah nasi panas pun tak boleh dah lps tu
Quote Nham22 4-9-2017 12:43 AM
Ayooo klu dpt yg masam..mmg xbole makan...masam sgt...ngilu gigi....
Quote hunnyluth 4-9-2017 02:37 AM
good info!tqvm for sharing.
anak suka mkn limau ni..senang nk beli yg manis pasni.
Quote emelia1509 4-9-2017 12:29 PM
moonbug replied at 4-9-2017 12:19 AM
Tp kalau masam sgt ngilu gigi. Nak kunyah nasi panas pun tak boleh dah lps tu

Awat sampai cramp gigi ke uolsss..Haha...

Tapi best la masam, ala2 kecuts muka time makan..
Quote CardiGans85 4-9-2017 01:44 PM
Sy biasa beli oren navel..biasa mmg manis. Harga mahal cket dr oren jenis lain. Klu ikut brand,mmg akn tgk lekuk ni.
Quote nurul_akmar 4-9-2017 09:27 PM
aku dah try... mmg betul.. tp xde la lekuk dalam mcm tu.. aku p limau yg longgok byk2 tu.. aku pilih yg berlubang mcm tu.. aku bantai je bulat rata or bulat lekuk sket.. janji ada pusat mcm tu.. byk yg xde pusat mcm tu.. terbukti. sume manis..
Quote shernazz 4-9-2017 11:29 PM
anak aku masam ke manis ke smua dia kata sedap sebab..janji orennnn

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.178764 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top