Khas untuk anda yang memang 'hantu' sayur. Tiap kali makan mesti nak berpiring-piring sayuran. Memang bagus untuk kesihatan, kan! Nah, apa kata anda cuba resipi kuah pecal ala Mak Ton!
Makan dengan sayuran yang dicelur, terangkat beb! Mari cuba! Sayur-sayuran yang dicelur: Pucuk Ubi Pucuk Paku Kangkung Paku Rawan Nangka muda Jantung pisang Taugeh Cara-caranya: 1. Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakkan sayur menjadi layu selepas dicelur (over cooking)
2. Celur semua sayur dan sejat supaya kering Sayur segar (tidak dicelur): Tauhu goreng Timun Bahan untuk kuah pecal: 500gm kacang tanah India 10biji bawang kecil ros 5biji bawang putih 1/2inch belacan 3 cawan air 2 sudu asam jawa 1keping gula kabung Cara-caranya: 1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan. 2. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan. 3. Goreng belacan sehingga garing, ketepikan. 4. Goreng cili kering sehingga garing, ketepikan. 5. Kisar bahan satu persatu dengan 3 cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang digunakan tadi. 6. Asam jawa diramas bersama air tadi kemudian dimasukkan ke dalam kuali. 7. Gula kabung dimasukkan bersama. 8. Menggelegakkan sehingga pekat dan garamkan secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan. - CARI Kredit resipi: Aezach AR
|
17
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
DeeHanania replied at 5-9-2017 07:58 AM
Waahh @makton
Femes skrg ek gan kuah pecal...
Faveret kita gak
CardiGans85 replied at 29-8-2017 09:18 PM
Klu sy,biasa sy akn letak hirisan daun limau purut ms buat pes kuah tu.lbh mengancam n buka selera.
pearl.silver replied at 30-8-2017 12:11 AM
Btw resepi mak dulu pas tumbuk bleh gaul terus ngan sayur..bancuh bila nk mkn je..xyh dah masak lg s ...
pittjie replied at 5-9-2017 09:38 AM
kan pearl. nak makan baru kita bancuh kacang paste tu. kalau direbus sampai menggelegak tu dah mac ...
pittjie replied at 5-9-2017 09:37 AM
saya pulak suka letak cekur instead of daun limau purut. yang limau purut tu jawa belah2 tg karang ...
makton replied at 5-9-2017 08:00 AM
sedap kannn... nak buat sendiri tak reti.. huuhu
ADVERTISEMENT