Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan bola sepak negara iaitu Harimau Malaysia akan bertarung dengan Thailand di Stadium Shah Alam bagi merebut pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017. Justeru, pihak polis memberi amaran kepada penyokong kedua-dua pasukan agar berkelakuan baik kerana pegawai polis akan melakukan tahanan di lokasi sekiranya sesiapa didapati membuat kacau. Memetik laporan The Star, pihak polis sekali lagi menegaskan terdapat 'tiga larangan' sepanjang perlawanan akhir pada malam ini, antaranya dilarang membawa payung, dilarang membawa bahan letupan dan dilarang berlagak samseng. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berharap peminat bola sepak kedua-dua pihak dapat menzahirkan semangat kesukanan yang sewajarnya ketika perlawanan pada malam ini.
Selain itu, beliau menyeru para peminat datang awal ke stadium memandangkan terdapat pemeriksaan di pintu masuk stadium yang akan dibuka pada pukul 4 petang. Bagi memastikan para peminat memasuki dengan teratur, pihak penganjur membuka pintu B, C dan D untuk peminat Malaysia. Manakala untuk peminat Thailand, mereka boleh menggunakan pintu A untuk masuk ke dalam stadium.- CARI |
14
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jerukkedondong replied at 29-8-2017 01:07 PM
Brp harga tiket finale ni...saja tanya...
Good Luck Harimau.....aummmmmmm
harkktuih: RM 21.20 include gst..kalau kat ulat tiket RM150 - 200 stakat mlm td..
Iema5008 replied at 29-8-2017 01:05 PM
Nasib yindon dah tersungkur awal. Kalau tak, jenuh lg pdrm nak btugas. Lagi satu, kalau boleh haramk ...
white_musk replied at 29-8-2017 02:31 PM
Teruknya lelaki melayu. Akak sokonh pasukan thailand..
should replied at 29-8-2017 04:49 PM
Mesti thai yg menang
ADVERTISEMENT