Selalunya kita beranggapan hanya tulang ikan atau benda yang bersifat tajam dan keras sahaja mampu mengakibatkan seseorang itu tercekik. Namun berita ini mungkin akan mengubah pemikiran anda berhubung teori tersebut.
Ini kerana awal pagi kelmarin, berlaku satu kes kematian yang membabitkan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dilaporkan maut akibat tercekik roti di sebuah hotel dekat Port Dickson. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata mangsa yang dikenali sebagai Borokinni berusia 32 tahun menyertai pertandingan makan roti pada majlis sambutan hari lahir rakannya yang berlangsung di hotel tersebut. "Selesai pertandingan, mangsa yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Selangor berlari ke belakang dan muntah lalu tidak sedarkan diri."
"Rakan mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Port Dickson untuk rawatan kecemasan." Jelas Supt Zainudin Ahmad, doktor mengesahkan mangsa mati akibat 'Asphyxia Secondary To Choking' atau lemas akibat tercekik." Mayat mangsa sudah dibedah siasat dan masih belum dituntut ahli keluarga, tambahnya.- CARI |
5
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Vokuro replied at 29-8-2017 01:03 PM
innalillah untuk heshe
ADVERTISEMENT