CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Popia Tauhu Sempoi, Tapi Sedap Terangkat!

28-8-2017 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16596| Komen: 32|Original author: Oleh: Maly Rosli

Sedapnya petang-petang kita mengeteh sambil makan popia di hadapan televisyen. Kalau kita melayari Internet, pasti kita dapat lihat terdapat pelbagai variasi popia yang sudah diolah mengikut cita rasa masing-masing, kan?


Untuk itu, apa kata petang ini kita buat popia tauhu yang menjimatkan tetapi tetap enak selain berkhasiat!


Foto: Vemale/A.sriwijayanti

Bahan: 
15 helai kulit popia
3 biji tauhu
3 biji telur
Daun bawang secukupnya, dihiris nipis
4 biji bawang merah, dihiris nipis/kisar

2 ulas bawang putih, dihiris nipis/kisar
1 sudu teh lada sulah
Gula dan garam secukupnya
Minyak goreng


Cara membuatnya:
1. Hancurkan tauhu dengan garpu

2. Pukul telur
3. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan tauhu dan masak sehingga air tauhu kering
4. Masukkan telur dan kacau rata kemudian masukkan gula, garam serta lada sulah

5. Masak sehingga telur separuh masak, masukkan daun bawang (matikan api jika rasa sesuai selera)
6. Isi inti tauhu ke dalam kulit popia dan lekatkan kulit menggunakan putih telur

7. Goreng popia tadi sehingga keperangan sebelum diangkat dan ditos lebihan minyak

Foto: Youtube Kokiku Tv

(Nota: Anda boleh campur kesemua bahan inti dan gaul rata jika tidak mahu ditumis terlebih dahulu. Kemudian bungkus dengan kulit popia seperti biasa, lalu digoreng)


Siap dihidang dengan sos kegemaran anda! Ralit makan popia ini sambil menonton rancangan kegemaran sampai tak sedar dah habis. Selamat mencuba semua! - CARI



Kredit resipi: Vemale/A.sriwijayanti
41

Bagus
33

Marah
17

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ritamlowe

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 28-8-2017 02:29 PM
Ok nnt boleh try. Nampak mcm sedap
Quote munchkin 28-8-2017 02:37 PM
Wowwwww. Healthy!!!!!
Quote pinkypetal 28-8-2017 02:42 PM
Letak daging cincang sikit lagi best kot
Quote chinta89 28-8-2017 02:56 PM
pinkypetal replied at 28-8-2017 02:42 PM
Letak daging cincang sikit lagi best kot

n tambah gak keju parut
Quote makita 28-8-2017 03:02 PM
Eh mmg sedap la. Biasa buat bulat2 gitu je.xde guna kulit.kalu guna kulit popia ni lg moist tahu tu.
Quote helicornia 28-8-2017 03:04 PM
popia mmg sedap tp tak tahan yg serap minyak
Quote pinkypetal 28-8-2017 03:06 PM

Makan panas2 di kala petang yang hujan renyai2
Quote dubuk 28-8-2017 03:17 PM
macam murtabak jee
Quote yayangmama 28-8-2017 03:23 PM
potongkan sosej halus2 campo sekali pon sodap
Quote RatuDunia94 28-8-2017 03:36 PM
munchkin: Wowwwww. Healthy!!!!!

healthy la sangat.. Dh goreng mcm tu..
Quote makton 28-8-2017 03:42 PM
letak ayam/udang pun sedappp.. boleh la nak try
Quote ira_229 28-8-2017 03:43 PM
klu kat singapore ni dipanggil roti boyan tapi instead tauhu mereka guna kentang..n kulit pakai kulit roti canai...mkn dgn sambal tumis...yg ni nk try jugak mcm sedap n senang...
Quote chazey 28-8-2017 03:51 PM
Aiol suka makan popiah dengan nasik buat lauk. Ehe.
Quote kittypong31 28-8-2017 03:53 PM
sedapnyaaa! teringin pulak nak makan petang nih..
Quote JeepersCreepers 28-8-2017 04:36 PM
Sedap..bole try klu rajin {:smile
Quote pearl.silver 28-8-2017 09:04 PM
ira_229 replied at 28-8-2017 03:43 PM
klu kat singapore ni dipanggil roti boyan tapi instead tauhu mereka guna kentang..n kulit pakai kuli ...

Klu inti kentang n kulit roti canai ni mcm versi murtabak mak kita selalu buat je..
Quote pearl.silver 28-8-2017 09:05 PM
Murtabak tauhu ni mkn ngan sambal kicap mcm tauhu sumbat inti tu, mesti sedap kn..
Quote pearl.silver 28-8-2017 09:08 PM
Btw bukan ke indon panggil murtabak ni kuih mcm apam balik tu?
Quote ira_229 28-8-2017 09:11 PM
pearl.silver replied at 28-8-2017 09:04 PM
Klu inti kentang n kulit roti canai ni mcm versi murtabak mak kita selalu buat je..

Tu klu di singapore mereka panggil roti boyan...mkn dgn sambal tumis terangkat..tapi versi tahu ni pun mcm sedap jugak..agak klu cecah dgn sambal kicap lebih mengancam..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top