Nama Aisyah Aziz menjadi panas gara-gara dituduh memperdayakan orang ramai dengan menggunakan aplikasi WeChat. Penyanyi kelahiran Singapura itu berang apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya, kononnya sedang mencari pelakon baru.
"Itu bukan saya!, saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru. "Saya dapat tahu bila ada peminat yang bertanya tentang perkara itu betul atau tidak daripada saya," ujarnya kepada mStar Online. Aisyah berkata dia hanya menyedari tentang perkara tersebut selepas mendapat aduan dari peminat yang terpedaya dengan tawaran palsu tersebut. Pelantun lagu Pilihan Sejati itu berkata yang dia tidak pernah langsung mendaftar atau mempunyai akaun untuk aplikasi laman sembang tersebut. "Peminat tolonglah jangan mudah percaya dengan nama-nama artis di laman sosial, lebih-lebih lagi yang menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang. "Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal," ujarnya. Ini merupakan kes penipuan kali kedua melibatkan namanya dan Aisyah berharap agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia boleh menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai artis. -CARI
|
19
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noodle.baby replied at 25-8-2017 05:17 AM
Bayang-bayang nipple ke pic baju merah tu.. gigihhh menayang ye ko dikkk
Rainrein replied at 25-8-2017 02:11 PM
Nampak lawa je tone kulit dia. So sexy.
eija2013 replied at 25-8-2017 01:58 PM
ini adik Aliff Aziz ke?
ADVERTISEMENT