Syarikat Pengiklanan Digital CtrlShift baru-baru ini mengumumkan penubuhan satu platform pengiklanan gabungan media yang terbaru dikenali sebagai "AMP". Dilaporkan, harapan utama gabungan tujuh media utama di Malaysia termasuk CARI Internet adalah agar pihak syarikat pengiklanan dapat mencapai sasaran bilangan pelayar internet sehingga mencecah lebih 11 juta orang menerusi platform tersebut. Antara tujuh media digital tersebut termasuk Cari.my, Media Prima Digital, Star Media Group Berhad, RevAsia, Malay Mail Online, Sin Chew Online dan Tantannews.com. " Sebagai sebuah pasaran media digital yang terbaru, AMP bakal menawarkan lebih banyak saluran pemasaran iklan yang berkualiti dalam usaha memenuhi keperluan syarikat pengiklanan seperti penjenamaan yang lebih selamat, lebih pilihan, struktur pengiklanan dan sebagainya bagi meningkatkan lagi bilangan pelayar. "Selain itu, "AMP" yang ditubuhkan oleh CtrlShift mampu menjadi jambatan antara syarikat pengiklanan dengan pihak media digital supaya membolehkan kedua-dua pihak akan lebih tepat dalam usaha mensasarkan pelanggan yang khusus dalam situasi yang lebih berkualiti dan selamat, sekaligus menyediakan platform yang lebih adil dan lebih mudah dikawal untuk kebaikan kedua-dua pihak." Menurut pengasas dan pengerusi eksekutif CtrlShift, Reza Behnam, selain membeli secara langsung dan menggunakan pasaran RTB, media digital sering dan terus mencari cara agar isi kandungan yang berkualiti dapat menperolehi kesan yang dikehendaki dengan lebih tepat. Setelah memahami kehendak syarikat pengiklanan terhadap isi kandungan yang berkualiti dan pelanggan sasaran, Reza Behman yakin mampu menawarkan iklan-iklan yang disasarkan kepada pelanggan yang berlainan buat syarikat pengiklanan. Dari segi penawaran, "AMP" berazam untuk menjadi "kuasa yang ketiga" selepas Facebook dan Google yang merupakan dua kuasa besar yang telah memonopoli pasaran.- CARI |
24
Bagus |
18
Marah |
26
Terkejut |
22
Sedih |
21
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT