Tak salah untuk bergurau namun jika tak kena tempat dan masanya, memang 'mendapatlah'. Tak pasal-pasal pula nanti jadi bahan kecaman netizen. Paling teruk jika ia melibatkan pihak berkuasa. Jangan main-main ya, beri komen sebarangan!
Itulah yang berlaku pada seorang netizen ini. Menerusi laman Twitter, dia yang dikenali dengan nama Naqib Syazmer meluahkan rasa tidak puas hati kononnya kehadiran polis trafik di situ langsung tidak beri kesan kepadanya. Katanya lagi, ayahnya mempunyai pangkat lebih tinggi, jadi buat apa nak 'heran' sangat dengan polis trafik yang sedang mencari kesalahan pemandu jalan raya. "Penuh gila polis trafik.
"Nak saman ke? Sorry ayah aku pangkat lagi tinggi." Mungkin dia cuma membuat lawak hambar, namun pihak polis PDRM telah membalas tweet yang dimuatnaik itu. Sudah tentulah, kerana ia mempunyai kaitan dengan pihak polis dan reputasinya, kan! "Salam hormat Naqib. Mungkin saudara boleh menggunakan medium ini dengan lebih berhemah. "Agar status yang dibuat mengelirukan masyarakat." Tidak menyangka statusnya itu mendapat perhatian pihak berkuasa, Naqib segera meminta maaf. "Saya minta maaf @PDRMsia kerana memuatnaik status yang mengelirukan. Saya harap tuan/puan tidak menghukum saya." Namun, netizen berasa lucu dan mentertawakan perbuatannya sebagai satu sikap yang pengecut! "Kahkah kecut telo ko yer!" "kakakak ala apa heran ayah kau kan lagi tinggi pangkatnya" Kesimpulannya, sebelum membuat lawak atau menyentuh satu perkara sensitif, fikirlah terlebih dahulu. Mujur tiada tindakan dikenakan terhadap netizen ini. - CARI
|
15
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT