Sebagai sebahagian daripada kempennya untuk melarang pemakaian burka oleh sesetengah Muslimah, Senator Australia, Pauline Hanson bertindak memakai burka berwarna hitam ke Parlimen semalam. Ianya dikatakan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu keselamatan yang membabitkan keganasan kononnya timbul berpunca dari pakaian itu. Bagaimanapun, memetik laporan ABC tindakan ahli politik kontroversi itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan dan umat Islam khususnya. Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.
“Jika seseorang yang memakai balaclava (topeng ski) atau topi keledar ke sebuah bank atau bangunan lain, atau di mahkamah, peralatan tersebut harus ditanggalkan." “Mengapa peraturan ini tidak dikenakan ke atas mereka yang menutup muka atau tidak dapat dikenal pasti?” Peguam Negara George Brandis menegur Hanson dengan berkata, “Kita semua sudah maklum bahawa anda bukan pengikut ajaran Islam. Saya ingin menasihati anda supaya berhati-hati terhadap kesalahan yang mungkin anda lakukan terhadap kepercayaan agama rakyat Australia yang lain.” Memetik laporan Sky News, Adel Salman, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Victoria berkata tindakan Hanson adalah suatu ‘penghinaan terhadap kedudukan beliau’. Manakala, bagi Senator bebas, Derry Hinch, kelakuan Hanson boleh disifatkan sebagai satu perbuatan yang amat menjijikkan. “Pauline Hanson mengejek agama beberapa orang Australia ... dia telah menghina kedudukannya sendiri iaitu sebagai Senat,” katanya. Bagaimanapun, Hanson tidak menyesal dengan tindakannya itu dan berharap semua orang mendapat mesej yang ingin disampaikan.- CARI |
7
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wnwa05 replied at 18-8-2017 10:40 AM
aku tak pelik kalau kapirun buat macam ni yg aku pelik ada orang melayu perangai macam palat dok mai ...
FOTHER-MUCKER replied at 18-8-2017 06:48 PM
Jika ummah tak faham mesti mereka fikir ianya adalah issue agama seperti Peguam Negara George Bran ...
Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.
FOTHER-MUCKER replied at 18-8-2017 06:31 PM
Mashallah Peguam Negara George Brandis ada DNA melayu ke?
wnwa05 replied at 18-8-2017 06:40 PM
aku tak pelik kalau kapirun buat macam ni yg aku pelik ada orang melayu perangai macam palat dok mai ...
Maideen. replied at 18-8-2017 07:09 PM
Ana lihat semakin manis dan menawan Pauline Hanson ni apabila dia membungkos auratnya......:lovelin ...
ADVERTISEMENT