Sebagai sebahagian daripada kempennya untuk melarang pemakaian burka oleh sesetengah Muslimah, Senator Australia, Pauline Hanson bertindak memakai burka berwarna hitam ke Parlimen semalam.
Ianya dikatakan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu keselamatan yang membabitkan keganasan kononnya timbul berpunca dari pakaian itu.
Bagaimanapun, memetik laporan ABC tindakan ahli politik kontroversi itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan dan umat Islam khususnya.
Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.
“Jika seseorang yang memakai balaclava (topeng ski) atau topi keledar ke sebuah bank atau bangunan lain, atau di mahkamah, peralatan tersebut harus ditanggalkan."
“Mengapa peraturan ini tidak dikenakan ke atas mereka yang menutup muka atau tidak dapat dikenal pasti?”
sumber : https://s.yimg.com
Peguam Negara George Brandis menegur Hanson dengan berkata, “Kita semua sudah maklum bahawa anda bukan pengikut ajaran Islam. Saya ingin menasihati anda supaya berhati-hati terhadap kesalahan yang mungkin anda lakukan terhadap kepercayaan agama rakyat Australia yang lain.”
Memetik laporan Sky News, Adel Salman, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Victoria berkata tindakan Hanson adalah suatu ‘penghinaan terhadap kedudukan beliau’.
Manakala, bagi Senator bebas, Derry Hinch, kelakuan Hanson boleh disifatkan sebagai satu perbuatan yang amat menjijikkan.
“Pauline Hanson mengejek agama beberapa orang Australia ... dia telah menghina kedudukannya sendiri iaitu sebagai Senat,” katanya.
Bagaimanapun, Hanson tidak menyesal dengan tindakannya itu dan berharap semua orang mendapat mesej yang ingin disampaikan.- CARI
Post time 18-8-2017 07:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lol... Bungkus jgn x bungkus.. hujung2 bom sana sini mcm kejadian di Russia dahulu.. dua pembungkus letupkan diri di Metro Russia.. anda sudah lupa kata???
Dilaporkan setelah 20 minit memakai burka berwarna hitam ketika di Parlimen, pengasas parti One Nation itu menanggalkannya dan membuat seruan supaya pakaian tersebut diharamkan daripada khalayak umum atas alasan keselamatan negara.
>> tutup aurat untuk wanita bukan muka tutup aurat anggota selain muka dan tapak tangan setahu akak
>> isu keselamatan di benarkan untuk lihat muka jangan sentap kalau ada isu keselamatan, tetapi yang periksa anggota badan wanita muslimah kita minta anggota wanita dan tempat tertutup daripada pandangan lelaki .
ye akak sokong isu keselamatan, kadang2 orang gunakan agama untuk terrorist, untuk kutip tin milo, untuk kepentingan diri sendiri. kita pertahankan hak kaum wanita termasuk sajat namun begitu ada masa dan tempat kita kena toleransi.