CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inai Kiara Siapkan Kapal Pengeruk 1.2b Rgt Di Limbungan Sendiri

21-8-2013 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13520| Komen: 31



PELABUHAN KLANG 20 Ogos - Syarikat milik Bumiputera, Inai Kiara Sdn. Bhd. akan melancarkan kapal pengorek corong tuang sedutan yang terbesar di Asia, Inai Kenanga dengan kos pembinaan kira-kira RM1 bilion.

Kapal ketiga terbesar di dunia seumpamanya itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Lebih membanggakan lagi, kapal pengorek atau pengerukan itu dibina sepenuhnya di dalam negara dengan kepakaran tempatan yang mengambil masa selama 30 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Pengurus besar, Pembangunan Perniagaan Pejabat Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Zulkefli Majid berkata, Inai kenanga mempunyai kapasiti membawa muatan dalam takungan sebanyak 33,335 meter persegi.

"Inai Kiara merupakan peneraju utama di dalam pasaran negara dan kelima di dunia dalam industri ini.

"Kita berbangga kerana ia merupakan sebuah syarikat bumiputera yang mampu bersaing dan setanding dengan penggiat industri yang mempunyai nama besar di luar negara," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Inai Kiara merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengerukan/pengorekan, pembinaan benteng pemecah ombak, tebusguna tanah, pembinaan dermaga dan jeti.

Kapal Inai Kenanga dibina oleh anak syarikatnya, Limbungan Selat Melaka Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd. yang akan digunakan untuk menyelenggara alur pelayaran kapal atau mendalamkan laluan perjalanan kapal yang terancam akibat mendakan lumpur atau pasir.

Inai Kenanga mempunyai lebar 36 meter dan panjang mencecah 200 meter serta mempunyai kelajuan 17 knot yang boleh membuat kerja pengorekan sehingga kedalaman 45 meter.

Jelasnya lagi, Inai Kira juga kini sedang membina dua lagi kapal pengorek Inai Jasmin dan Inai Safron yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

"Pembinaan kapal Inai Kenanga dan dua buah kapal lagi akah mengukuhkan kedudukan syarikat sekali gus menjadi batu loncatan untuk menembusi pasaran Eropah dan Afrika.

"Kita juga kini dalam proses perbincangan projek dengan beberapa negara seperti Brazil dan Argentina," ujarnya.

Inai Kenanga akan disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai kapal korek corong tuang sedutan terbesar di Malaysia dengan kapasitinya.


MALAYSIA is set to carve another record in the marine- related construction sector with the launch of the country's largest and the world's third biggest RM1.2 billion dredger.

The ship, called TSHD Inai Kenanga, will also be featured in the Malaysian Book of Records as the biggest trailing suction hopper dredger ever built in Malaysia with a hopper capacity of 33,335 cu m.

The ship will be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak tomorrow.

Inai Kiara Sdn Bhd general manager of business development Zulkefli Majid said with the launch of Inai Kenanga, Malaysia has positioned itself as the world's fifth largest maritime services player and is poised to enter new markets such as Africa, South America and Europe.

"Before this, we were buyers of such vessels. Now, we are capable of building our own dredgers," Zulkefli told reporters here yesterday at a media preview of the ship.

The construction of the dredger began in the middle of 2010 with the keel laying ceremony at Inai Kiara's shipyard, operated by its wholly-owned subsidiary, Selat Melaka Shipbuilding Corp Sdn Bhd, in Pulau Indah, Port Klang.

The RM1.2 billion Inai Kenanga is the third vessel built by Inai Kiara after Inai Ixora and Inai Liatree.

It is 200m long and 36.4m wide.

Inai Kenanga is a type of vessel which has full sailing capacity, used to maintain navigation channels or deepening silted maritime canals and can be used to construct new land or reclamation, beach nourishment or replace sand eroded by storm or wave action on beaches.

It has the capacity to carry 33,335 cu m of dredged material in its hopper and can dredge up to the depth of 45m with its two 1,200mm trailing suction pipes.

The shipyard took 30 months to complete the ship and is expected to be fully completed by year end.

The construction of the vessel, which is equipped with a gymnasium, cinema and karaoke lounge, began with the design and concept, basic engineering and final detail engineering by a well-known naval architect from the Netherlands.

Established in 1997, privately owned Inai Kiara is Malaysia's largest marine services provider offering services such as dredging, reclamation, revetment, breakwater, coastal protection, marine and civil construction works.

The company employs 1,150 workers.

Read more: Inai Kiara set to roll out RM1.2b dredger  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omong 21-8-2013 03:28 PM
penah keja kat sini dolu2,
kapal terbesar diorg masa tu ialah Inai Anggerik


makasih Dato' Gulzar & Capt. Hisham
Quote zach2008 21-8-2013 03:33 PM
Dato' Gulzar ni waktu jadi pengrus pasukan bola cukup baik.
Rasanya dia ni aktif gak main muzik dan siap ada band muzik kat tempat buat kapal























juegos
Quote cak! 21-8-2013 03:33 PM
pengurus besar tu bekas penyanyi zul 2by2 tgk kat mesia hari ini tadi
Quote AdamBillionaire 21-8-2013 03:35 PM
hurm.. market malaysia kecik, kena explore market luar negara.. singapore punya kapal kepakaran ada masuk national geografi..

harap malaysia mampu curi teknologi singapore, jepun dan oversea.. kita belajar lepas dah pandai jaga kepentingan kita
Quote sayang_mulut 21-8-2013 03:38 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2 (hampir makan tahun), tak bayo tax.. orang jabatan buroh datang pun boleh lolos, orang LHDN datang pun boleh lolos.. notice bankrap dah banyak... mmg banyak la..kalau nak cite..

dredger yang dorang lancar dulu (inai ixora dengan inai apa tah satu lagi) pun asik rosak...

dato' ghulzar ni suke amik retis keje bawah die macam si zul 2by2 ni... sepatah haram pun tak tau..nak tulis sket dalam omputih pun tak tau..

kepakaran tempatan sepenuhnya la sangat...orang putih diambil semua berenti sebab gaji asik lambat bayo..sampaikan 2-3 bulan tertunggak...
Quote kucingTomey 21-8-2013 03:40 PM
abang ipar  tomok tu
Quote melia_star 21-8-2013 03:40 PM
dah pernah beroperasi ke tak kapal tuh?

boleh x aku tanya mcm neh?

Quote sayang_mulut 21-8-2013 03:42 PM
melia_star posted on 21-8-2013 07:40 AM
dah pernah beroperasi ke tak kapal tuh?

boleh x aku tanya mcm neh?

aku tak sure kapal ni dah boleh operasi belum..ni launching ke naming..aku tak tau la.. they are building even bigger dredger.. inai kasturi nama nya..nanti masuk lagi malaysia book record
Quote pyropura 21-8-2013 03:42 PM
sayang_mulut posted on 21-8-2013 03:38 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2  ...


biarkan lah TT dengan fantasi nya, sat lagi dia akan kata cina bakal lingkop, sebab mulayu dah buleh buat kapal katanya...
Quote Cakkkk....aaaa 21-8-2013 03:43 PM
apasal ada logo maybank besar kat kapal tu?
Quote Omong 21-8-2013 03:45 PM
sayang_mulut posted on 21-8-2013 03:38 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2  ...

nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2 (hampir makan tahun)












tu psal la gua blah
Quote sayang_mulut 21-8-2013 03:45 PM
pyropura posted on 21-8-2013 07:42 AM
biarkan lah TT dengan fantasi nya, sat lagi dia akan kata cina bakal lingkop, sebab mulayu dah b ...

ntah la..bukan niat nak buruk2 kan company ni..tapi itu lah hakikatnya.. sometimes aku rase company ni macam 'untouchable'... kalau buat launching tu.. dengo billion2 je.. tapi gaji staff pun susah nak bayo..kwsp apatah lagi.. tax lagi la susah nak bayo..

kalau tngok record dalam jabatan buroh dan bank..nama inai kiara ni famous kalau nak bayo hutang... siap nama inai kiara ni masuk dalam mahkamah syariah sebab ada yang bercerai sebab laki dok keje je.tapi duit tak de..
Quote sayang_mulut 21-8-2013 03:46 PM
Cakkkk....aaaa posted on 21-8-2013 07:43 AM
apasal ada logo maybank besar kat kapal tu?

financier die..
Quote ogata 21-8-2013 03:47 PM
sayang_mulut posted on 21-8-2013 03:38 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2  ...

bf kwn kepada kwn iols satu fam secousin sepupu sepapat kerja kat inai kiara ni...

semua nye gaji mahal mahal..padahal belajar so-so je...

yela kan saudara sendiri...
Quote ogata 21-8-2013 03:48 PM
Omong posted on 21-8-2013 03:45 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan ...

u orang mana erk?
Quote sayang_mulut 21-8-2013 03:48 PM
ogata posted on 21-8-2013 07:47 AM
bf kwn kepada kwn iols satu fam secousin sepupu sepapat kerja kat inai kiara ni...

semua nye ga ...

yela.. gaji beso katanya..kau tanye..gaji die dapat bile..?? itu la cara nak tarik pekerjanya..
Quote Vokuro 21-8-2013 03:52 PM
zach2008 posted on 21-8-2013 03:33 PM
Dato' Gulzar ni waktu jadi pengrus pasukan bola cukup baik.
Rasanya dia ni aktif gak main muzik dan ...

sato ini kah yg produce dan buat lagu untuk band sofaz itu?
Quote melia_star 21-8-2013 03:53 PM
sayang_mulut posted on 21-8-2013 03:38 PM
nak cite pasal inai kiara ni banyak..sampai esok tak habis..belum habis kes tak bayo KWSP berbulan2  ...

hahaha....seperti apa yg aku jangka ..td aku tertgk gak si zul dgn sorang lagi kt MHI....ckp gah berdegar2 terbesar terhebat di Asia lah....aku kalu org bermegah beno camneh aku skeptikal sketlah....pasai tu aku tanya soklan tadi.....
Quote totokreturn 21-8-2013 03:55 PM
sayang_mulut posted on 21-8-2013 03:42 PM
aku tak sure kapal ni dah boleh operasi belum..ni launching ke naming..aku tak tau la.. they are b ...

Ko rasa nanti yg rasmikan mas7h lagi rosmah katik lagik ker sampai menepung tawar kat kapal tuh nanti...?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.202215 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top