CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Bajet Biasa-Biasa Je, Boleh Tak Bagi Pelamin Ni Free?

18-8-2017 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16506| Komen: 113|Original author: Oleh: Adib Za

Bukan mudah menjadi seorang usahawan tak kiralah secara kecil-kecilan mahupun sudah gah membina nama serta empayar.

Lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan karenah pelanggan yang bukannya sedikit, namun nak 'demand' macam-macam.


Tak kisah untuk membuat permintaan itu dan ini namun haruslah selaras dengan bajet yang diberikan. Namun, sekiranya bajet sederhana atau pun bahasa mudahnya 'ciput' tak perlu rasanya nak demand itu ini. Malu kot!

Namun, kisah yang satu ini memang membuatkan sesiapa pun yang membacanya, mungkin rasa ingin tergelak dan tak kurangnya marah. 


"Pertama sekali abam mohon maaf kat tuan punya badan, abam dh abis baik bagi Harga promosi dan cover terbaik untuk para customer tersayang. Beauty come with the price, nak terbaik and meletop nak dpt Wedding of the year! 


"Janganlah smpai minta free give pelamin .. ni antara contoh para customer abam. abam dh sensor dh identiti dia.. ni nak jadikan pengajaran kat bakal-bakal pengantin kat luar sna," tulis seorang lelaki yang membuat khidmat untuk raja sehari di laman Facebook. 

Menerusi perbualan yang dipaparkan bersama pelanggan tersebut, harga pakej RM2,700 dilihat sebagai mahal dan dia ingin meminta diskaun.

Namun, bukan sahaja meminta harga dikurangkan, pakej pula diubah mengikut citarasa sendiri dan paling mengejutkan mahu meminta percuma pelamin! Ya, pelamin pengantin tanpa ada bayaran langsung!

"Kalau saya ambil satu2 and tak nak ambil package, awak boleh bagi free tak pelamin dewan tu?"

"Saya nak biasa2 je sebab budget biasa2 je. Boleh tak kalau saya nak apply harga ni?""

Ya, mungkinlah bajet si pelanggan agak sederhana namun harga mahu ditetapkan juga tak masuk dek akal. Lihat apa katanya di bawah:




Para netizen pun memang tidak bersetuju dengan permintaan daripada pelanggan yang satu ini. 

"Macam too much je...over betul!"

"Mampuslah mintak macam haram.."


Kesimpulannya, berkahwinlah secara sederhana jika itu yang hanya anda mampu. Mungkin masih sukar untuk diterima kerana takut dengan pandangan orang luar? - CARI 
17

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 18-8-2017 04:29 PM
kemain nak free pastu demand nk mcm dlm gamba tu hahahaha

x yah kawen dek ataupun susah sgt g la join projek kawen ramai2 tu dekkkk

murah je

Quote SecretLuv 18-8-2017 04:32 PM
Kalau tak mampu, tak payah la buat majlis. Kahwin kat masjid je cukup.
Quote prettyuglybabe 18-8-2017 04:32 PM
gi siam je la kawin free.. balik bayar rm300
Quote makita 18-8-2017 04:36 PM
Kawen kenduri meehon dgn kain batik lah dik.jimat byk dik
Quote cik_nit 18-8-2017 04:41 PM
Buat pelamin diy jelah dik kalo nk free sangat. .. Adoilah...  
Quote nisako 18-8-2017 04:51 PM
hahaa......... mana nak dpt adik ooi..........
Quote missinpiece 18-8-2017 05:00 PM
Biasalah semua benda nak jimat tapi wedding nak gah. Balik2 menyusahkan org.
Pakej dlm rm800-1000 dh bleh dpt utk pelamin simple or meja mkn pengantin cantik2.
Quote krustykrab 18-8-2017 05:01 PM
nak songket la, pelamin la....tapi nak murah...eh ko nak kawin ke ko nak menunjuk2?

kalau duit ko byk tak pe la....ni sedar pun diri bajet ciput ....
Quote missinpiece 18-8-2017 05:03 PM
Ni ha sedara me. Katering satu kepala amik yg rm12, jemputan 1000 org. Berpada2  la dek oiii nasihat org xdenye nak dgr.
Pastu habis cut bajet2 lain pandai pulak hadiah nk terima brand tupperware jah
Quote NekNgah 18-8-2017 05:06 PM
Ada attend majlis akad nikah di masjid.  Tetamu dijamu minum petang : meehoon, kuih muih, air panas & ada cordial sejuk juga.

Tanya kat pengantin berapa belanja??  
1. Baju pengantin perempuan, beli ready made RM150
2. Baju pengantin lelaki, pinjam
3. Catering untuk minum petang RM250
4. Photographer, abang sendiri
5. Khemah, kerusi, meja, masjid punya - tak tau berapa bayar

Kasi jumlah besar kat situ.....

Sekarang dah 3 anaknya, aman damai, bahagia....

Hulur RM300 kat bapa pengantin perempuan, disuruhnya bagi pada pengantin sebab bapa tak keluar duit pun.

Alhamdulillah...
Quote iloveyou 18-8-2017 05:07 PM
bajet biasa2 xyah kawen lerrr.
Quote myakayina 18-8-2017 05:16 PM
NekNgah replied at 18-8-2017 05:06 PM
Ada attend majlis akad nikah di masjid.  Tetamu dijamu minum petang : meehoon, kuih muih, air panas  ...

Alhamdulillah.. tak melebih dan membazir pun..
Quote harisanis 18-8-2017 05:28 PM
{:laugh{:laugh..melampau sgt ko diknon oii..mcm la pelamin n etc tu benda wajib kalo kawen..kalo ko xde duit xpyh la nk berpelamin bagai..
Quote pearl.silver 18-8-2017 05:28 PM
Xyh pelamin
Tta elok je bersanding atas kerusi xde backdrop
Quote Siputjelly 18-8-2017 05:46 PM
amboiii nak pelamin freee. kalau kau diy pelamin pun tetap perlukan duit hokaaayyy. {:nose
mekap rm50 nak simple. zaman skrg takde dah nilai tu. simple pun paling murah rm150-250 dekkk oii.
Quote Artemesiaa 18-8-2017 05:48 PM
Nak jimat tak yah le buat pelamin duk je le kat meja makan tu
Quote aleesyasofia 18-8-2017 05:49 PM
adoi.. nk murh bt sndri jer la..
Quote bawalputih 18-8-2017 05:54 PM
NekNgah replied at 18-8-2017 05:06 PM
Ada attend majlis akad nikah di masjid.  Tetamu dijamu minum petang : meehoon, kuih muih, air panas  ...

Waahhh..menariknya. Diaorg ada barang hantaran x? Kita pun nak buat simple, barang hantaran pun x nak. Tapi bakal mentua insist nak jugak. Susahla deal ngan orang tua. Adat lagi penting
Quote evlinne 18-8-2017 06:14 PM
Hahahaha rasa nak tengok muka adik yg demand tak bertempat niii. Mesti tak lawa dan bingai. Adoi dah lah kuat berangannnn.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044504 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top