Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Puteri Nur Aisya Azhar, menemui ajal akibat disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has pada pukul 4.30 pagi kelmarin. Memetik laporan Bernama, ketika kejadian mangsa yang berusia dua tahun itu sedang bermain seorang diri berhampiran sebuah kedai makan yang sudah tidak beroperasi berhampiran rumahnya. Menurut ibu mangsa, Rubiyah Ismail, jeritan anaknya yang kesakitan disengat tebuan telah mengejutkan datuk mangsa yang kebetulan sedang berehat sambil berbaring di atas tangga rumah. Tambah Rubiyah, apabila melihat keadaan cucunya yang sedang dikerumuni tebuan-tebuan berkenaan, datuk itu dengan segera mendapatkan mangsa dan membawa pulang ke rumah.
" Ayah saya bertindak menggunakan badannya untuk melindungi cucunya daripada terus disengat tebuan, tindakan itu menyebabkan dia sendiri turut disengat kira-kira 10 ekor tebuan." Pada mulanya mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut untuk rawatan kecemasan, kemudian baru dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan selanjutnya. "Pada malam kelmarin keadaannya semakin tenat apabila doktor memberitahu dia tidak boleh membuang air kecil dan sistem buah pinggangnya tidak berfungsi lagi sebelum meninggal dunia." Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Akar selepas waktu zohor semalam.- CARI
|
13
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza replied at 18-8-2017 11:45 AM
Baru 2 tahun dah dibiar main kat luar rumah... sorang2 pulak tu.
ADVERTISEMENT