CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan-jalan Atas Landasan Sebelum Dirempuh Kereta Api

17-8-2017 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3950| Komen: 31

Sungguh mengerikan apabila seorang warga emas dipercayai dirempuh kereta api dari arah Tumpat ke Gua Musang, pada Khamis.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian jam 8.30 pagi, berhampiran Stesen Kereta Api Bertam Lama di Gua Musang itu, mangsa dalam lingkungan usia 80-an ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di kepala dan kaki.




Identiti mangsa masih tidak dikenal pasti kerana dia ditemui tanpa sebarang pengenalan diri.

Menurut saksi, mangsa dipercayai berjalan di atas landasan kereta api sebelum kejadian maut itu berlaku.

"Kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian.


"Mangsa yang cuba melarikan diri ke tepi landasan tidak sempat berbuat demikian sebelum dirempuh kereta api itu," jelasnya.


Foto: Utusan Online

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad berkata, kes masih dalam siasatan.

"Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat," katanya. - CARI
24

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Penglipurtales 17-8-2017 02:16 PM
Mmg saja nk mati.. keta api akn berbunyi 1 km dr org tu
Quote insulin 17-8-2017 02:18 PM
Takziah kepada keluarga orang tua ni. Mungkin orang tua ni ada masalah pendengaran kut. Ini yang menyebabkan dia x dengar hon keretapi.
Quote kentel 17-8-2017 02:25 PM
Penglipurtales replied at 17-8-2017 02:16 PM
Mmg saja nk mati.. keta api akn berbunyi 1 km dr org tu

orang tua....umo 80...msti la pendengaran da kurang...
Quote chinta89 17-8-2017 02:38 PM
pendengaran dia kurang ni, bukan saje2 nk bunuh diri.. dia pun mcm cuba elakkan kannnn dlm artikel tu tulis? umur pun dah 80, kalau ada masalah pendengaran pun mmg sah la ngn umur dia.

takziah.
Quote raradhia 17-8-2017 02:51 PM
kesiannya, huhu {:cryrun
Quote AJ88 17-8-2017 03:02 PM
kesiannyaa.
Quote Penglipurtales 17-8-2017 03:10 PM
kentel replied at 17-8-2017 02:25 PM
orang tua....umo 80...msti la pendengaran da kurang...

X di nafikan. Ataupun dia tgh berangan zaman childhood dia jalan2 atas landasan kereta api.
Quote vanillaninja 17-8-2017 03:10 PM
Dah tua, mungkin tak dengar. Salam takziah.
Quote kucen_miang 17-8-2017 03:12 PM
Innalillah

kesiannya nenek siapalah ni.
Quote sofiazara 17-8-2017 03:31 PM
habis tu yg ramai2 atas rel tu tak takut ke
Quote DeeHanania 17-8-2017 04:09 PM
Innalillah...
Kurang pendengaran mungkin...
Quote nebulagazer 17-8-2017 04:11 PM
Alzheimer ke.?
Quote tembikai 17-8-2017 04:14 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Salam takziah buat keluarganya.

Quote rainbow259 17-8-2017 04:22 PM
kesian nyaa.. takziah kpd kluarga mangsa
Quote sekngucing 17-8-2017 04:26 PM
aku pernah cari hantu atas rel. ketapi di tumpat.... jam 11 malam. sampai 2 pagi...
Quote AbukRokok 17-8-2017 04:57 PM
amboi org makan angin depan anjung rumah dia makan angin berpelesiran diatas landasan kereta api

Quote AbukRokok 17-8-2017 05:00 PM
harap ecrl dah siap nti xde yg bangang berkelakuan begini.... lagi laju dan lagi senyap
kalau iya pun pekak.. xkan mata buta juga xdpt beza kan landasan kereta api dengan denai
Quote Changa 17-8-2017 05:11 PM
Selayaknya lah dek, tua2 pun masih bimbo tak ada common sense. Merepot jah lah ujung nya.
Elohim itu maha adil
Quote redapple10 17-8-2017 07:10 PM
Kesiannya... semiga rohnya dicucuri rahmat

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052948 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top