CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siap Bawa Bodyguard, Saleem Dan Isteri Serang Syarikat Rakaman

17-8-2017 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 77462| Komen: 685|Original author: Oleh: Myra Rozi

Belum reda lagi kontroversi yang melanda penyanyi legenda, Saleem dengan anak lelakinya, Syafiq Farhain.

Kali ini bertambah hangat apabila isteri Saleem, Julia Bachok menyerang syarikat rakaman Music Valey Malaysia (MVM).


Rakaman yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Utusan Online itu menyaksikan pasangan tersebut hadir ke sana bersama seorang pengawal peribadi.

Saleem dan Julia
Julia nampaknya marah dengan tindakan netizen yang memperlekehkan Saleem melalui media sosial.

Bukan itu sahaja, mereka mendakwa yang syarikat rakaman tersebut mengaut keuntungan mempromosi dan melonjakkan populariti Syafiq Farhain dengan menggunakan Saleem.


"Apa motif engkau nak guna nama Saleem nak promosi album baru engkau? Nak guna nama orang yang dah besar, kau kena cakap dengan aku dulu, berapa aku nak satu tahun, nak RM300,000, RM400,000, jangan je 'company' je nak untung. Tak bolehlah macam tu," katanya.

Syafiq, Foto: mStar Online
Surat 'Larangan Menggunakan Nama Saleem Untuk Sebarang Promosi Bagi Artis Baru Nursyafiq Farhain' juga dikeluarkan Julia sebagai amaran kepada MVM.

"Saya dah edar surat ni kepada mereka tetapi mereka masih buat juga. Jangan ingat saya ni buta Internet sebab saya masih tau nak buka YouTube!" tambah Julia lagi.

Sementara itu Saleem menjelaskan, "Sebenarnya isunya itu sahaja. Dia dan syarikat rakamannya terus menggunakan nama saya untuk tujuan promosi lagu terbarunya. Selebihnya tak ada masalah dan dia boleh terus berkarya menggunakan bakat dia sendiri." 

Rumhadi
Julia dan Saleem telah menemui Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan yang kemudiannya bertindak memohon maaf kepada umum.

"Di sini saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka di mana saya akui pihak kami ada menggunakan nama abang Saleem bagi tujuan mempromosi lagu baru Syafiq Farhain.

"Dan saya juga ingin memohon maaf di atas tersiarnya satu tajuk artikel temubual sebuah portal online  di mana tajuk yang di ketengahkan dilihat telah melukakan hati abang Saleem. Dan saya berjanji bermula hari ini kami tidak lagi menyentuh nama abang Saleem bagi tujuan promosi Syafiq," katanya.

Semoga masalah yang berlaku antara mereka akan menemui jalan penyelesaian tidak lama lagi. -CARI
22

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 5-7-2017 07:25 PM
cengkung nau Saleem
umur dia belum pun 60 kan? nampak macam 60++ pun ye
Quote doubleA 5-7-2017 07:28 PM
kechikchomel replied at 5-7-2017 07:25 PM
cengkung nau Saleem
umur dia belum pun 60 kan? nampak macam 60++ pun ye

Belum. Ikut wiki umo 56, lahir 1961.

Memang cengkung sangat. Ada org tag fb anak dia kt komen post harry ni banyak yg tanya sakit apa tapi takda reply lagi
Quote Rhyno 5-7-2017 08:04 PM
Edited by Rhyno at 5-7-2017 08:05 PM

GWS to abam Saleem the legend. iols suka lagu baru heols Karma Cinta.

[youtube]PtYww2XdCiA[/youtube]

Quote Adelisa 5-7-2017 08:11 PM
Harap ank beliau dtg la tgk despite of controversial statement yg dia buat psl ank dia jgn nk tmpg glamer dia as pnyanyi lejen tu
Quote beruangmuda 5-7-2017 08:15 PM
Saleem ni layak di who are yusss kan jah oleh anak heols. Ego tak bertempat yachhh dah la masa muda keje menagih dah tua ko nak berlagak lagi ye?
Quote doubleA 5-7-2017 08:15 PM
Rhyno replied at 5-7-2017 08:04 PM
GWS to abam Saleem the legend. iols suka lagu baru heols Karma Cinta.

Uniknya lagu tu first time iols dengar thanks Rhyno.

Teringat lagu irama2 jepun kimono payung jepun tu,

Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan genggaman tanganku
Aku lihat kau menangis...

All time fav iols
Quote doubleA 5-7-2017 08:17 PM
Adelisa replied at 5-7-2017 08:11 PM
Harap ank beliau dtg la tgk despite of controversial statement yg dia buat psl ank dia jgn nk tmpg g ...

Yup dah ada org tag fb anak dia. Gigih iols scroll semua komen takda yg informative utk iols share kat sini so far
Quote kechikchomel 5-7-2017 08:22 PM
doubleA replied at 5-7-2017 07:28 PM
Belum. Ikut wiki umo 56, lahir 1961.

Memang cengkung sangat. Ada org tag fb anak dia kt komen  ...

sebaya mak saya la kalau camtu.
effect mendadih dulu la kot?

anak dia pun ntah2 dalam dilema

Quote kiah_mai_pulak 5-7-2017 08:37 PM
Katanya bengkak kat testis.. tu yg demam smpai masuk icu tu.. hmmm effect mendadih time muda2 dulu ke achaner tu??  
Quote kechikchomel 5-7-2017 08:42 PM
Screenshot_2017-07-05-20-36-17.jpg Screenshot_2017-07-05-20-36-34.jpg
Screenshot_2017-07-05-20-37-50.jpg


kredit : HMetro
Quote myariesa 5-7-2017 08:55 PM
Tdi iols bca,ada org komen dkt fb paham2 sndiri la sakit saleem tu..aids ke
Quote de_ikea 5-7-2017 09:00 PM
Get well soon saleem. Semoga diberi kesembuhan dan umur bermanfaat.  

Legend ni banyak ceritanya. Semoga jadi pedoman utk artis muda.
Quote tagas 5-7-2017 09:43 PM
Edited by tagas at 5-7-2017 09:44 PM

Teringat time dia jd baik jap dulu ala2 tabligh gituh

suddenly muncul dgn lagu jwita

Setelah sekian lama menghilang angkara dadih
katanya da cuci tgn tak isap lg

then tup tup mendadih balik


Quote krukx 5-7-2017 09:48 PM
Kurus kering jadinya. Dia ni masih amik bahan terlarang tu lagi ke? Teringat dulu wife merangkap manager dia pernah cakap Salem ni tak boleh dibiarkan sorang sorang kalau keluar ke mana mana. Kena pantau selalu
Quote getarsukma 5-7-2017 09:49 PM
Kalau bengkak kat testis tu blh jd hernia...  biasa la org laki hernia...
Quote Madel 5-7-2017 09:50 PM
Sakit kanser kah..cengkung sungguh..
Kalau berbaik2 dgn anak yg kerja bomba tu kan dah senang..dpt stay kat wad 1st class..anal keja gomen kan..
Dah terlantar gini..esok lusa anak juga yg dicari
Quote PeNaMeRaH 5-7-2017 10:20 PM
Aaaa anak keje gomen ada GL
Quote CrowneGlory 5-7-2017 10:27 PM
Kalau aku jd anak mereput jah ko situ..time mak aku susah besarkan aku adik beradik ko hidup senang & sibuk mendadah selain pasang sana sini...dh kena cash baru sibuk ingat anak2...
Quote doubleA 5-7-2017 10:50 PM
Madel replied at 5-7-2017 09:50 PM
Sakit kanser kah..cengkung sungguh..
Kalau berbaik2 dgn anak yg kerja bomba tu kan dah senang..dpt  ...


Terlalu penat, demam panas dan sakit testis? Ada kesan apa2 kah testis tu bawah tu kan (telur)

Lihat semua komen(685)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.103377 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top