CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gelagat Pelajar Menjerit Ketakutan Gara-Gara Takut Kena Suntik Cuit Hati Netizen

16-8-2017 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6695| Komen: 34|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Rakaman video yang menunjukkan beberapa orang pelajar sekolah menjerit ketakutan kerana tidak mahu mengambil suntikan imunisasi mengundang gelak tawa di kalangan netizen yang menontonnya di laman sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Atika Durrotin, gelagat seorang pelajar perempuan mencuri perhatian netizen apabila dia menjerit sekuat hati dan cuba lari apabila tiba gilirannya untuk disuntik.

Lebih melucukan, seorang guru lelaki cuba memujuk pelajar perempuan itu untuk mengambil suntikan namun malangnya beliau ditendang oleh pelajar tersebut. 

Tendangan pelajar itu pula tepat mengenai bahagian kemaluannya dan menyebabkan wajah guru itu tiba-tiba berubah, mungkin akibat menahan kesakitan.

Loading FB Video...
Kredit video -  Facebook Atika Durrotin

Kejadian ini berlaku di Indonesia dan berikut pula antara komen-komen netizen :-





Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 5.6 juta tontonan dan lebih 24 ribu perkongsian semenjak dimuat naik ke laman Facebook semalam.

Lawak memang lawak, tapi penulis dapat rasakan semua orang pun pernah mempunyai pengalaman yang sama seperti adik-adik di dalam video tersebut. Nampak saja Ambulan masuk ke perkarangan sekolah, mulalah tidak keruan dibuatnya. Betul tak? - CARI





11

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 16-8-2017 04:19 PM
Hahahahaha macam tu sekali.
Quote RatuDunia94 16-8-2017 04:25 PM
Haha.. Ciknek cikgu tu kena tendang..
Quote Deidra 16-8-2017 04:48 PM
Dah mcm kene sampuk langsuyar kamu dik {:smile

Tak memasal cikgu kamu pun tersampuk sama
Quote sayabudakkeyeel 16-8-2017 05:09 PM
ditendangnya anu cikgu hahahaha

sometimes benda camni jadi sbb kawan kelas lain or even cikgu tu sendiri yg takutkan.
Quote EvieWanKenobi 16-8-2017 05:37 PM
meronta macam nak kena culik..
Quote -electrifying- 16-8-2017 05:47 PM
hahaha... abeh kedalam conet dia tu
Quote Artemesiaa 16-8-2017 06:02 PM
Macam2 kerenah nasib cikgu sabar walaupun kena tendang.  Bab takut jarum ni bukan budak2 je orang dewasa pun ada je yang takut jarum.
Quote mrizumi 16-8-2017 06:14 PM
Lawak..kesian ckgu dia..{:smile
Quote rainbow259 16-8-2017 06:23 PM
ahhahaha lawak jer
Quote matchstick 16-8-2017 06:29 PM
Drama queen sgt ko dek
Quote merrissa 16-8-2017 06:34 PM
what overthinking looks like...wakakakakakaka...

kesian.....kalo sumer murid macam tuhh...mau mandul cikgu tuh....
Quote MarryPottet 16-8-2017 07:08 PM
zaman aku skolah rendah ada sorang classmate budak laki yg over takut bila nak kena suntik.
tapi dia takdelah meracau
just muka dia pucat lesi & bila dah dekat nak sampai turn dia, badan dia jadi lembik & shaking sampai nak kena papah
pastu kalau time minum ubat cacing plak, dia tengok nurse suap org lain pon dia dah muntah2 mcm pompuan alahan masa ngandung
pastu bila tiba turn dia, dia dia takkan bukak mulut dia & akan gigit tangan nurse yg cekik rahang dia nak bagi mulut dia terbukak tu
pastu time check gigi, pernah dia sampai terkencing dlm seluar bila tiba turn dia masuk bilik dentist. kenangan betulll....
Quote Diann 17-8-2017 12:52 AM
Hahaha.

Silap cikgu tu jugak sebab paksa. Kena pujuk elok-elok lain kali. Kan dah mendapat
Quote Lolzer 17-8-2017 12:58 AM
lawak haaa
Quote shark 17-8-2017 01:31 AM
memang lawak kalau throwback zaman sekolah.. Kawan i siap menangis camni la.bukan nak cucuk...check gigi je kot.minggu berikutnya baru datang cabot
Quote mommymonster82 17-8-2017 01:36 AM
Comel plak kawan yg nk tolng tangkap tu...
Quote haryatie 17-8-2017 07:56 AM
hahaha...mampus kena tendang
adoiii..ganas nyer... siannn
Quote AJ88 17-8-2017 08:28 AM
Kesian cikgu tu. tak pepasal.
Quote reddots 17-8-2017 09:01 AM
lawak mmg lawak.. tgk banyak kali still x tau nak kesian or nak gelak kat cikgu tu.. tgk mimik muka cikgu tu redha dan pasrah..


kat rumah mmg pasang tv indon ni.. kempen nak suntik vaksin ni mmg dah lama, masalah kat sana, kebanyakan ibubapa tak beri suntikan vaksin utk anak2 kerana ragu dgn kehalalan vaksin..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.152923 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top