Tahniah buat pasukan sukan sepak takraw chinlone kerana berjaya menghadiahkan emas pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2017. Memetik laporan Berita Harian, kemenangan itu diperolehi apabila menewaskan Filipina di pentas final acara linking dengan pungutan 391 mata keseluruhan yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi. Pingat perak menjadi milik Filipina yang mengumpul 271 mata di pentas final manakala Brunei meraih pingat gangsa dengan 157 mata.
Ia juga adalah emas pertama Malaysia dalam sukan chinlone sejak mula diperkenalkan di Sukan SEA Myanmar pada 2013. Untuk rekod, pada penampilan di temasya dua tahun lalu di Singapura, Malaysia muncul pemenang pingat gangsa dalam acara sama dan meraih perak acara Non-Repetition. Acara chinlone adalah sukan tradisi di Myanmar dan ianya memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.- CARI |
30
Bagus |
26
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT