CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 16 Tahun Patah 2 Jari Tangan Dibelasah 20 Rakan

15-8-2017 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6041| Komen: 64


sumber : internet


Kulim, Kedah - Seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun dibelasah oleh sekumpulan 20 orang rakan sekolah sehingga bahagian muka dan perut cedera termasuk dua jari tangan patah.

Memetik laporan The Star, mangsa yang kini merupakan seorang pelajar tingkatan empat, difahamkan bergaduh dengan beberapa pelajar lain di dalam tandas pada 7hb Ogos, kemudian dipukul oleh 20 orang pelajar dengan paip PVC di kantin.

Ayah mangsa merasa amat terkejut mendapat tahu anaknya dibelasah lalu segera membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan polis. 

Hasil pemeriksaan di hospital mendapati dua jari tangan anaknya patah tulang, tulang belakang turut didapati bengkok akibat hentakan kuat ketika dibelasah teruk.


"Kini dia menghadapi kesukaran untuk berjalan atau melakukan aktiviti yang menggunakan anggota badan."

"Sejak insiden tersebut berlaku sehingga sekarang, pergerakannya menghadapi masalah termasuk menjalani aktiviti gerak geri tubuh badan."

"Yang ini bukan kali pertama berlaku, saya telah beberapa kali mempersoalkan perkara tersebut kepada pihak sekolah, tetapi tiada tindakan lanjut dilakukan."

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar, enam pelajar yang terbabit dalam kes tersebut telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. 

Namun, setakat ini tindakan lanjut masih belum diambil oleh pihak polis dan jabatan pendidikan negeri turut enggan memberi komen berhubung perkara itu. 

Manakala, pihak sekolah difahamkan telah bertindak memberhentikan persekolahan tiga pelajar yang terlibat.- CARI
20

Bagus
13

Marah
25

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 15-8-2017 05:24 PM
tak habis2 buli
Quote lil_sparky 15-8-2017 05:41 PM
Junior geng okt2 upnm
Slagi semua xbersatu ..slagi tu akn ada kes buli
Quote jalfa 15-8-2017 05:46 PM
Elok geng pembuli ni letak kat pulau terpencil tanpa bekalan makanan n minuman....biar dioarg survive tgk...entah entah bunuh kawan kawan sendiri panggang buat makanan kot...
Quote diss69 15-8-2017 06:18 PM
dah bnyk kes kluar tv,viral masih xserik pembuli2 ni...
Quote batmana 15-8-2017 06:30 PM
cikgu2 sekolah tu, baru abis spm ke ape
takde tindakan bagai

harap pak tu saman cikgu skola tu sampai muflis tinggal sluar dalam aja

Quote nisako 15-8-2017 06:52 PM
x habis lg pasal buli ni... ape dah nk jadi ... hmmm
Quote penmerah 15-8-2017 07:00 PM
Jgn buang sekolah budak2 pembuli ni
Beri aje kaunseling sampai lebam
Cikgu cekgi mohon beri perhatian lebih Dan kasih sayang kpd pembuli ni
Kalau boleh Cikgu cekgi keep up/tunjuk concern walaupun dah habis waktu sekolah dgn mewasap berikan kata2 motivasi selalu
Tapi jgn gunakan kekerasan okey
Quote raradhia 15-8-2017 07:20 PM
kenapa laa bdk2 ni??? mkn apa ntah sampai kuat membuli mcm ni?? mkn kasut kali, sdgkan org lain mkn nasi!!!
Quote aaz 15-8-2017 07:31 PM
kes buli tak habis-habis..
Quote putehkundor 15-8-2017 07:33 PM
Sampai tulang belakang bengkok, jangan lumpuh sudah...
Apa masalah korang ni, 20 lawan 1 berani lah...
Quote lonely_surina 15-8-2017 07:33 PM
celaka nya membuli smp bengkok tulang blkg patah jari bagai..
semoga kaki2 buli neh menjadi manusia tak berguna..
tp banyak pun sejarah, stok2 membuli kengkonon abg akak kawasan bila dewasa celaka jah hidup mereka..
Quote salmon-suki 15-8-2017 07:47 PM
jalfa: Elok geng pembuli ni letak kat pulau terpencil tanpa bekalan makanan n minuman....biar dioarg survive tgk...entah entah bunuh kawan kawan sendiri pang ...

letak kat pulau ala2 penjara alcatraz tu...biar padan muka dorg..siyesli xfaham kenapa nak sgt membuli ni ek?da jadi mcm darah daging pulak...ape makpak jenis kaki pukul ke ape tu??

Quote MyNameIsIris 15-8-2017 08:29 PM
penmerah replied at 15-8-2017 07:00 PM
Jgn buang sekolah budak2 pembuli ni
Beri aje kaunseling sampai lebam
Cikgu cekgi mohon beri perh ...

Bangang mana yang bagi cadangan mcm tu sis... mohon meninggal orang itu
Quote tembikai 15-8-2017 08:30 PM
Allahu....jgn la gaduh2 nak oiii. tak blh ke korang belajar jer dlm keadaan aman damai. kawan ajer la elok2..tak suka takyah kawan....buat ape smpai nak patah riuk kan anak org...takder paedahhh sume nih. kesian la kat family, kwn2 and cikgu2 tu  sama.
Quote MyNameIsIris 15-8-2017 08:32 PM
Sekolah pun bingai... dah banyak kes kot, takat kaunseling manja je? Patut buang dan hantar henry gurney terus sebelum ada kes belasah sampai meninggal... tu bang long korang si hairi upnm dalan lokap tu pun dari sekolah lah tu samseng membawa ke besar. Tak dibuang sebab bijak katanya... sampai jadi penjenayah.

Tak boleh husnuzon dengan budak2 samseng macam ni..
Quote fefeeling 16-8-2017 01:55 AM
ada terdengar one community service announcement on our local english radio recently, mesej yg disampaikan sounded like if your child is a bully at school, as a parent your should step in to stop the bullying. HOWEVER, little did they know, anak2 yg membuli di sekolah jadi pembuli is because it affects them at home where parents telling them off e.g. kena marah, kena bantai etc and there are scientific studies that show how those incidents happened from home would be vented out by pembuli2 ni ke anak2 lain yg lemah dari mereka. dah kat rumah kena balun dgn mak pak, mestilah sakit hati and diorang nak inflict the same pain dekat orang lain pulak kan? i really hope radio people could do more thorough research sebelum sampaikan pesanan community, toksah la tangkap muat je!
Quote awanearisu 16-8-2017 07:19 AM
Pukul di kantin pula tu, kawasan yang terbuka. Memang hati kering pembuli-pembuli ni.
Quote haryatie 16-8-2017 07:58 AM
nk jd samseng sgt
elok dia org ni kena hukuman yg berat lagik
da x serik2
suka2 hati jerk belasah ank org
Quote Tanahmalaya 16-8-2017 08:38 AM
Masalah selesai dari rumah

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070400 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top