|
Mungkin ramai yang belum mengetahuinya tetapi sebuah pulau unik yang dikenali sebagai Pig Island ini memang benar-benar wujud! Bila sebut babi sahaja, mesti semua tahu yang ianya dilarang untuk disentuh atau dimakan oleh mereka yang beragama Islam.
Bukan nak cerita tentang hukum, sebaliknya keunikan yang ada di pulau ini menjadikan Bahamas sebagai pusat tumpuan yang dikunjungi ramai. Nak tahu kenapa? Sebab di sini ada sekumpulan babi yang pandai berenang. Ya, hanya haiwan ini sahaja yang tinggal di sini dan tiada manusia langsung. Haiwan berkaki pendek itu dilihat sangat seronok bermain bersama dan menghabiskan masa mereka berenang di dalam air laut yang membiru.
Menurut beberapa sumber, kumpulan haiwan ini pada mulanya ditinggalkan oleh pelaut yang mahu menjadikannya sebagai santapan tapi disebabkan mereka tidak kembali semula, maka haiwan ini beranak-pinak sehingga menjadi banyak sekarang. Menariknya lagi, bila ada sahaja manusia yang datang mendekati, babi-babi ini sangat mesra dan seolah-olah menunjuk-nunjuk kehebatan mereka berenang. Pulau Babi atau nama rasminya Big Mayor Cay menjadi tumpuan mereka yang mahu melihat sendiri aksi lucu haiwan ini disamping memberi makanan kepadanya. Ada yang teringin nak rasa pengalamannya sendiri? Tempah tiket dan terbang ke Bahamas sekarang!-CARI |
|
15
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
24
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
27
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


de_ikea replied at 15-8-2017 09:11 PM
Iols baru tahu babe ni ada juga kaler cekelet gold tompok-tompak bagai. Nampak sgt iols naif. Hihihi
ADVERTISEMENT