Ribena, minuman kordial keluaran Jepun yang digemari ramai membuat pengumuman melalui satu kenyataan bahawa sebahagian produknya yang dijual di Malaysia terpaksa ditarik balik. Menurut Pengurus Besar Serantau Malaysia, Hong Kong dan Singapura, Lee Hon Tong, semasa satu pemeriksaan kualiti rutin di kilang pembuatan, sebahagian produk didapati bermasalah dalam proses pengilangannya. Maka sebagai langkah berjaga-jaga, syarikatnya mengambil keputusan secara sukarela menarik balik buat sementara semua perisa dan saiz pek pada tarikh luput tertentu dari semua rakan dagang berkuatkuasa 12 Ogos, kata Lee. “Di Suntory Beverage&Food Malaysia, kami sentiasa memantau dan menilai semua informasi."
“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.” Biarpun syarikat tersebut tidak menjelaskan punca sebenarnya masalah yang timbul pada produk itu, tetapi telah memberhentikan penghantaran semua Ribena Kordial dari kilang pembuatan kami di Shah Alam kepada semua rakan pengedar dan dagang buat sementara waktu. Berikut adalah senarai produk Ribena yaang ditarik balik: RIBENA Concentrate Blackcurrat ( Tamat Tempoh: Antara bulan Mei ke Ogos 2018) RIBENA Concentrate Blackcurrat & Glucose ( Tamat Tempoh: Antara bulan Mei ke Ogos 2018) RIBENA Concentrate Blackcurrat & Strawberry ( Tamat Tempoh: Antara bulan Februari ke Mac 2018 ) RIBENA Concentrate Blackcurrat & Bluberry ( Tamat Tempoh: Antara bulan Februari ke Mac 2018 ) RIBENA Concentrate Blackcurrat & Apple ( Tamat Tempoh: Antara bulan April ke Mei ) Sesiapa yang perlukan bantuan untuk tarik balik produk Ribena boleh menghubungi talian : 1800-88-6200, atau hantar private message ke laman Facebook Ribena Malaysia.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
7
Sedih |
16
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 14-8-2017 11:29 AM
jumpa apa tu?
kechikchomel replied at 14-8-2017 12:09 PM
dah suruh adik tengok kat rumah
exp. bulan 4 2018
SalenaGomez replied at 14-8-2017 12:11 PM
Kena call depa tanya nak retrun balik kan...kata pelanggan adalah keutamaan
ADVERTISEMENT