Pernah tak anda merasakan seksanya apabila rambut kusut dan tidak dapat disikat? Mesti stres kan? Begitulah keadaan dialami seorang kanak-kanak berusia 7 tahun apabila dilahirkan dengan sindrom rambut kusut dan menggerbang.
Rambut Shilah Yin mula mengalami perubahan ketika berusia 3 bulan apabila ibu bapanya menyedari rambutnya mula tumbuh kemerahan sebelum menjadi perang keseluruhannya, lapor Oddity Central.
Kanak-kanak dari Melbourne, Australia berkenaan menyedari keadaan rambutnya apabila berusia 4 tahun selepas rambutnya yang unik itu mendapat perhatian daripada orang ramai termasuk rakan sebaya. Menurut ibunya, Celeste Calvert-Yin, Shilah mula suka dengan rambut uniknya itu selepas menerima sokongan positif daripada keluarga dan rakan-rakan. "Dia sering menyamakan dirinya dengan unikorn yang disifatkannya istimewa dan unik seperti dirinya," katanya kepada TODAY. Rambutnya yang menggerbang itu susah diurus sehingga ibunya terpaksa menyemburnya dengan sejenis semburan setiap pagi untuk memudahkannya disikat. Itupun akan mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Menurut Institut Kesihatan Negara, sindrom itu kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang berambut pucat atau keperangan dan dipercayai merupakan penyakit genetik.Sehingga kini, tiada penawar ditemui. Tetapi difahamkan, tekstur rambut akan menjadi semakin mudah diurus apabila kanak-kanak membesar dan berkemungkinan kembali kepada keadaan asal dan sembuh sepenuhnya. - CARI |
19
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
18
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT