Tak dapat dinafikan anak-anak generasi milenia sudah tak macam kita dahulu di mana nak pandang muka cikgu pun tak berani, gerun! Berbeza dengan zaman kita yang hanya tahu berseronok bermain pondok-pondok, anak-anak kita sekarang lebih selesa bergosip mengenai artis dan cinta.
"Acik boleh diam tak?" Terkedu membaca luahan rasa kecewa seorang ibu di Facebook apabila salah seorang rakan anaknya bersikap biadab ketika membalas pesanan menerusi aplikasi WhatsApp. Gila tak sentap mana-mana ibu bapa apabila menerima jawapan sedemikian?
Jom baca luahan hati Puan Sya Shamira ini. Adab mana adab? Baru 12 tahun dan biadab tak hormat pada orang yang lebih tua. Pakaian dalam pun masih disediakan ibu bapa, dah nak tunjuk lagak. Ramai ibu bapa yang risau dengan perkembangan anak-anak masa kini yang semakin biadab dan tak kenal mana kawan, mana lawan. "Wow, terkedu! Budak-budak zaman sekarang memang biadab. Kasihan.. "Allah, kesian anak-anak sekarang. "Marahnya saya. Budak-budak sekarang memang ramai sangat yang tak beradab, dah terlampau sosial," antara komen netizen. Zaman dah berubah. Kalau dulu anak-anak takut nak mengadu kepada ibu bapa jika dirotan di sekolah kerana takut dapat 'hadiah' tambahan. Tapi sekarang, guru dan ibu bapa pula yang kena berhati-hati dengan anak-anak. Hukuman itu perlu selagi ia tidak 'mencacatkan' fizikal dan mental anak. Ini sekadar pendapat penulis. Terpulang kepada penerimaan masing-masing. - CARI
|
10
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
raradhia replied at 11-8-2017 02:08 PM
laaa, iols pun risaw sgt laa sepupu iols pmpuan dah pandai whatsapp2 ni baru darjah 4. .apa lg nnt k ...
ADVERTISEMENT